Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula pada 9 Mac ini ditangguhkan selama lebih dua bulan iaitu pada 18 Mei. Perubahan tarikh itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Parlimen Malaysia. Menurut beliau, tarikh permulaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 itu diputuskan oleh kerajaan. Oleh itu, Mesyuarat Pertama akan bersidang selama 15 hari mulai 18 Mei hingga 23 Jun. Sepanjang tempoh tersebut, Dewan Rakyat tidak bersidang mulai 26 hingga 28 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri dan pada 8 Jun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Mesyuarat Kedua pula akan bersidang selama 17 hari mulai 27 Julai hingga 27 Ogos. Dalam tempoh berkenaan, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dijadualkan pada 6 Ogos. Tiada sidang Dewan Rakyat pada 30 Julai (Hari Raya Aidiladha) dan 19 hingga 20 Ogos (Awal Muharam). Mesyuarat Ketiga dijadualkan mengambil masa 36 hari mulai 28 September hingga 26 November. Pembentangan Belanjawan 2021 akan dilakukan oleh Menteri Kewangan pada 2 Oktober. Dewan Rakyat tidak bersidang pada 29 Oktober sempena sambutan Maulidurrasul. - CARI
|
ADVERTISEMENT