CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1293|Reply: 3

Sidang Dewan Rakyat Ditangguh Lebih 2 Bulan, Mula Pada 18 Mei

[Copy link]
Post time 4-3-2020 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Parlimen Malaysia



Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula pada 9 Mac ini ditangguhkan selama lebih dua bulan iaitu pada 18 Mei.


Perubahan tarikh itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman Facebook Parlimen Malaysia.


Menurut beliau, tarikh permulaan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 itu diputuskan oleh kerajaan.


Oleh itu, Mesyuarat Pertama akan bersidang selama 15 hari mulai 18 Mei hingga 23 Jun.


Kredit foto: Facebook Parlimen Malaysia


Sepanjang tempoh tersebut, Dewan Rakyat tidak bersidang mulai 26 hingga 28 Mei sempena Hari Raya Aidilfitri dan pada 8 Jun sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.


Mesyuarat Kedua pula akan bersidang selama 17 hari mulai 27 Julai hingga 27 Ogos.


Dalam tempoh berkenaan, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dijadualkan pada 6 Ogos.


Tiada sidang Dewan Rakyat pada 30 Julai (Hari Raya Aidiladha) dan 19 hingga 20 Ogos (Awal Muharam).


Mesyuarat Ketiga dijadualkan mengambil masa 36 hari mulai 28 September hingga 26 November.


Pembentangan Belanjawan 2021 akan dilakukan oleh Menteri Kewangan pada 2 Oktober.


Dewan Rakyat tidak bersidang pada 29 Oktober sempena sambutan Maulidurrasul. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2020 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal tak tangguh sampai tahun depan terus?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 09:52 AM | Show all posts
cuti lah lama2
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lama sangattttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.317835 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list