CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecewa Jadi Barua DAP, Norhizam Hassan Baktee Masuk Perikatan Nasional

3-3-2020 10:36 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7044| Komen: 25|Original author: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengejutkan seluruh negara apabila beliau menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional di Melaka.

Lebih mengejutkan, beliau mengakui pengorbanan dan kerja keras yang dilakukannya sebelum ini hanya sia-sia seperti menjadi barua.

"Saya mengaku jadi barua, hati dan jiwa raga saya serahkan (tapi) ini yang berlaku dan saya kecewa.

"Jadi lebih baik saya balik ke pangkuan dan mengharapkan kepimpinan kerajaan baharu tidak mengecewakan rakyat," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Kredit foto: Facebook

Norhizam menjelaskan, beliau membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional demi kepentingan orang Melayu.

"Jadi lebih baik saya balik ke pangkuan dan mengharapkan kepimpinan kerajaan baharu tidak mengecewakan rakyat," jelasnya.

Tindakan Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu merupakan salah satu punca yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu terbubar. 


Difahamkan, beliau yang terkenal dengan gelaran 'YB Gengster' masih lagi ahli DAP dan bersedia untuk berdepan tindakan daripada parti itu. - CARI


Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • coco

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 3-3-2020 10:46 AM
Dah ada benang laa... boleh tutup benang ni
Quote sarah82 3-3-2020 10:51 AM
Ada 2 benang kelmarin
Quote matbad 3-3-2020 10:57 AM
Bakal Jamal Jamban dalam PN..
Dia ni mmg rela jadi barua..
Sanggup baruakan diri demi kuasa..
Ni bru betoi pengkhianat
Quote ais_kosong 3-3-2020 10:59 AM
saya tak suka dia!! mohon jangan terima dia kat mana mana parti
Quote pokaibanktokyo 3-3-2020 11:11 AM
Barua lain pula bila nak insaf?
Quote pokaibanktokyo 3-3-2020 11:11 AM
Barua lain pula bila nak insaf?
Quote Catpaw 3-3-2020 11:12 AM
Lepas ningaduh dengan dap jelah ye, jgn gaduh dengan rakyat dah
Quote EJALTI 3-3-2020 11:14 AM
Banyak benang pasal YB Beliau. Tapi iols tetap nak cakap yg nko memang confirm barua...
Quote lipans 3-3-2020 11:15 AM
pengundi dia suka dia. dia yb yang buat kerja.

bahasa, memang org melaka cakap kasar.


cuma, dia pernah jadi barua je la.
Quote husna_amal 3-3-2020 11:41 AM
Harap jangan buat orang menyampah lagi. Buat bende baik dan merendah diri kan lagi bagus.
Quote Ina8895 3-3-2020 11:43 AM
Hensem bila dia pakai macam pendekar
Quote Modngengade 3-3-2020 11:49 AM
Ina8895 replied at 3-3-2020 11:43 AM
Hensem bila dia pakai macam pendekar

choiiiii!!!!!!  hilang selera akak

Quote Ina8895 3-3-2020 12:16 PM
Modngengade replied at 3-3-2020 11:49 AM
choiiiii!!!!!!  hilang selera akak

Selera masing2
Quote relaxjek 3-3-2020 12:30 PM
Melayu dap lain bila nak ikut langkah beliau ni.. Udah2 laa tu sokong dap.. Xde faedah..
Quote NazRysha 3-3-2020 12:32 PM
dia ni baik wei
serious
mulut dia mmg mcm gampang
org melaka kan
ditambah dengan suara dia bercakapa jenis mcm tu
tapi org yang datang ke office dia memang tak pernah balik dengan rasa kecewa
kalau nak minta bantuan ke apa kan
Quote CiliPadiSedap 3-3-2020 12:35 PM
siapa yb, saya dia atau awak??
Quote elzy 3-3-2020 01:25 PM
Puas berdebat dan maki YAB Datuk Seri Idris bin Haron pasal babi sekarang boleh pulak berjabat tangan ..

Quote Izumieza 3-3-2020 01:35 PM
NazRysha replied at 3-3-2020 12:32 PM
dia ni baik wei
serious
mulut dia mmg mcm gampang

1st time aku dengar kebaikan die ni.. selalu cite buruk je pasal die..
Quote grouper 3-3-2020 01:39 PM
Masuk umno la pasni..baru sekufu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053682 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top