CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Baru 10 Hari Mengajar, Kena Tikam Pelajar Madrasah

3-3-2020 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4096| Komen: 21

Description: Malang nasib seorang ustaz muda yang mengajar di sebuah madrasah di Lahad Datu apabila dia cedera parah selepas ditikam dua remaja lelaki.Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku di sebuah rumah di k ...
Malang nasib seorang ustaz muda yang mengajar di sebuah madrasah di Lahad Datu apabila dia cedera parah selepas ditikam dua remaja lelaki.

Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku di sebuah rumah di kampung Sepagaya Hulu Batu 6, Jalan Silam kelmarin. 


Mangsa, 19 ditikam di bahagian leher, bahu serta belakang badan menggunakan pisau sayur berikuran 5 inci tanpa hulu dalam kejadian berlaku pada 1 pagi. 

Kredit foto: Odisi

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam sebuah bilik,” kata Ketua Polis daerah Lahad Datu.

Menurut ACP Nasri Mansor lagi, suspek dipercayai merupakan pelajar di madrasah tersebut dan telah ditahan pada jam 11 pagi hari kejadian. 


“Tangkapan berusia 13 hingga 17 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini [semalam],” katanya.

Mangsa yang baru sahaja 10 hari mengajar di situ kini berada dalam keadaan stabil, katanya lagi. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 3-3-2020 12:36 PM
What happen????? Moga segera sembuh ustaz. Sekolah agama, tapi bertikam tikam bagai.

Hari tu sekolah agama, merangkak pulak.
Quote misssakura 3-3-2020 12:44 PM
ust tu buat apa sampai gtu sekali budak tu punya tindakan?
Quote imransulaiman 3-3-2020 12:47 PM
misssakura: ust tu buat apa sampai gtu sekali budak tu punya tindakan?


Good question. Saya pun terfikir benda yang sama...
Quote bintangct 3-3-2020 12:49 PM
ishh kdg2 pengaruh tv/movie kot.. sikit2 balas dendam
Quote CiliPadiSedap 3-3-2020 01:34 PM
banyak tengok cerita yakuza ni.
Quote rosa_canina 3-3-2020 01:36 PM
ada la tu takpuas hati ustaz tegur  
Quote husna_amal 3-3-2020 02:38 PM
entah2 budak nakal yang mak bapak hantar mengaji kat madrasah.
Quote haryatie 3-3-2020 02:42 PM
da kenapa budak2 ni ganas nya
dendam ke apa
tp berani nya bertindak mcm tu
ada jugak sesetengah org
ank nakal dia, da x bleh nak handle, hantar sekolah macam ni
supaya x susahkan makbapak dn adik beradik
sudah nya susahkan guru2 pulak
Quote Dovahkiin 3-3-2020 03:09 PM
Bnyk kes parent hantar anak2 tak boleh dikawal lagi ke tahfiz. Kena faham la, mcm mana hardcore ustaz2 tahfiz ni kena jadi dalam mengawal budak2 macam ni.
Quote borrow 3-3-2020 03:25 PM
umo 19? mudanya setaz.  Pisau sayor tanpa hulu , maknanya tada pemegang lah kan. Tak luka plak tgn si penikam tu ek.
Quote hasniey 3-3-2020 03:44 PM
Mudanye ustaz?
Bekas student kah ustaz tu?dendam dr dulu ke?
Mcm bru sgt mengajar utk bdk2 tu marah cmtu sekali
Quote bloodyamuk 3-3-2020 04:13 PM
ustaznya pun muda lagi...ada la tu triggered bebudak tu...pi tikam time orang tu tido memang berdendam la tu...
Quote dua_chzy 3-3-2020 04:56 PM
Kampung Sepagaya if akak tak silap antara black area di LD. Betulkah @vespa_oren?
Quote tumpanglalu74 3-3-2020 05:41 PM
Zuboor kau kah?

Quote slipar_jepon 4-3-2020 08:04 AM
Ada lettew ustad buat pape {:spec
Quote Supersirap 4-3-2020 02:17 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote annehuda 4-3-2020 02:30 PM
borrow replied at 3-3-2020 03:25 PM
umo 19? mudanya setaz.  Pisau sayor tanpa hulu , maknanya tada pemegang lah kan. Tak luka plak tgn s ...

pisau sayur tanpa hulu tu meols rs pisau mcm ni



yg fully besi takde pemegang kayu or plastik tu
Quote any42 4-3-2020 02:36 PM
mudanya ustaz. kot ustaz ad tegur pape pastu bdk2 tu xpuas hti sbb rsa ustaz xlyak tegur sbb umo nk sma je ngn dorang?? speku jek. hrap ustaz gws. aggresifnya bdk2 skrng. ustaz tu bt ape smpai kna tikam.
Quote borrow 4-3-2020 08:42 PM
annehuda replied at 4-3-2020 02:30 PM
pisau sayur tanpa hulu tu meols rs pisau mcm ni

ah , yela kowt. Pisau besi camni.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.100505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top