Pelakon, Tasha Shilla yang kini telah sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah hari ini.
Dalam majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Tasha memberitahu dia tidak menghebahkan niat untuk mendirikan rumah tangga pada umum kerana berasakan ia terlalu peribadi. Selepas ini Tasha akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.
"Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas. Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah," katanya yang dipetik dari Berita Harian. Baguslah. Tempat isteri memang di sisi suami. Tahniah dan selamat pengantin baru. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|