Dengan peredaran masa dan kepesatan pembangunan, rangkaian restoran makanan segera terus bercambah bersilih ganti tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ia menjadi tumpuan dan kegemaran masyarakat khususnya golongan remaja dan kanak-kanak. Dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum. Selain kegemukan, makanan segera turut berupaya memberi kesan buruk pada sistem pembiakan. Ia dibuktikan dengan satu kajian oleh sekumpulan pengkaji Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Network Open pada 21 Februari lalu menganalisis diet 2935 lelaki dengan purata umur 19 tahun ketika ujian kemasukan ke pasukan ketenteraan. Semua peserta kajian diukur saiz testis, jumlah sperma, bentuk dan kebolehan berenang sperma. Dapatan kajian menunjukkan lelaki yang kerap makan makanan segera seperti pizza, burger, kerepek dan minuman berkarbonat lebih cenderung untuk memiliki testis kecil dan jumlah sperma yang kurang. 'Penagih' makanan segera berada di kedudukan terakhir dengan memiliki testis terkecil. Sebaliknya, peserta kajian yang menjalani hidup sihat dan mengamalkan diet ikan, ayam, buahan dan sayuran dan minum air mencukupi, menghasilkan sperma berkualiti serta mempunyai testis yang lebih besar berbanding yang lain. Lelaki pengamal diet sihat mempunyai 167 juta sperma setiap kali ejakulasi, manakala isipadu testis 13.7ml. Memetik laporan Malaymail, Ketua penyelidik Dr Feiby Nassan memaklumkan The Sun UK, golongan lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengamalkan diet seimbang. Corak pemakanan sihat dikaitkan dengan sperma lebih berkualiti, sekaligus meningkatkan kesuburan dalam kalangan lelaki. Jadi kaum Adam sekalian, makan makanan segera berpada-padalah. Makanlah makanan seimbang untuk memastikan kesihatan yang baik dan kelangsungan keturunan anda. - CARI |
Boomibulat replied at 26-2-2020 04:23 PM
cmana nak ukur jumlah sperma tu..?
Ina8895: Apo pulak kocut ajo rambutan tu?
Victorioussss replied at 26-2-2020 04:22 PM
Fuh nasib baik iols xmakan fast food sangat
puteribaya replied at 27-2-2020 01:03 PM
baca kat mana tah lupa lak..kalu nak tingkatkan sperm..makan kacang bendi..tp kalu nak besarkan te ...
Victorioussss replied at 27-2-2020 01:05 PM
Iols tau minum air barli baik untuk lelaki. Juga makan buah tembikai
Besar2 ni susah chuols..sa ...
ADVERTISEMENT