Dengan peredaran masa dan kepesatan pembangunan, rangkaian restoran makanan segera terus bercambah bersilih ganti tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Ia menjadi tumpuan dan kegemaran masyarakat khususnya golongan remaja dan kanak-kanak.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - The Leaders Online
Dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan kesan negatif yang harus diberi perhatian oleh masyarakat umum.
Selain kegemukan, makanan segera turut berupaya memberi kesan buruk pada sistem pembiakan.
Ia dibuktikan dengan satu kajian oleh sekumpulan pengkaji Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Kredit foto: Ihsan Google - Encyclopedia Britannica
Kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) Network Open pada 21 Februari lalu menganalisis diet 2935 lelaki dengan purata umur 19 tahun ketika ujian kemasukan ke pasukan ketenteraan.
Semua peserta kajian diukur saiz testis, jumlah sperma, bentuk dan kebolehan berenang sperma.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - ZME Science
Dapatan kajian menunjukkan lelaki yang kerap makan makanan segera seperti pizza, burger, kerepek dan minuman berkarbonat lebih cenderung untuk memiliki testis kecil dan jumlah sperma yang kurang.
'Penagih' makanan segera berada di kedudukan terakhir dengan memiliki testis terkecil.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Stok OTC
Sebaliknya, peserta kajian yang menjalani hidup sihat dan mengamalkan diet ikan, ayam, buahan dan sayuran dan minum air mencukupi, menghasilkan sperma berkualiti serta mempunyai testis yang lebih besar berbanding yang lain.
Lelaki pengamal diet sihat mempunyai 167 juta sperma setiap kali ejakulasi, manakala isipadu testis 13.7ml.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Gayety
Memetik laporan Malaymail, Ketua penyelidik Dr Feiby Nassan memaklumkan The Sun UK, golongan lelaki boleh meningkatkan kesuburan mereka dengan mengamalkan diet seimbang.
Corak pemakanan sihat dikaitkan dengan sperma lebih berkualiti, sekaligus meningkatkan kesuburan dalam kalangan lelaki.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Google - Innate For Life
Jadi kaum Adam sekalian, makan makanan segera berpada-padalah. Makanlah makanan seimbang untuk memastikan kesihatan yang baik dan kelangsungan keturunan anda. - CARI |