Niat ahli perniagaan, Dato' Aliff Syukri untuk membuat amal kebajikan kepada balu arwah Abam telah mencetuskan spekulasi berikutan perkongsian balu arwah, Nor Hidayah Mohd Ali mengenai keadaannya kini termasuk mendakwa mendapat kekangan daripada keluarga Abam terutama dalam soal kewangan. Enggan terus-menerus dipersalahkan Aliff Syukri hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas susulan sesi wawancara itu. Aliff berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di pejabatnya di Kota Damansara, Petaling Jaya. Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini.
“Sebenarnya, saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa perlu minta maaf? Jangan salahkan saya atas kebenaran yang berlaku. "Saya hanya jadi asbab mengapa perkara ni diketahui orang. Tapi tak mengapa. Biarlah berdamai, saya tak nak dipersalahkan sama seperti isu adik Balqis yang pernah terjadi sebelum ni. "Saya nak tutup cerita sampai sini saja. Buat apa nak cari gaduh dengan orang, nanti mati mengejut. Ni dah nak dekat bulan puasa, biarlah saya mengalah.
|
RumiMenari replied at 25-2-2020 12:00 PM
Anak2 je harta yg paling bernilai? Isteri?
RumiMenari replied at 25-2-2020 12:00 PM
Anak2 je harta yg paling bernilai? Isteri?
alexandria_iz replied at 25-2-2020 12:45 PM
Rasa2 tgh krisis. Sebab x nmpak dah video / gmbar sesama.
And same m.o. like last crisis - mema ...
polluxsstar replied at 25-2-2020 03:54 PM
Kri, puas bonda pesan.
Kri masih jugak buat perangai memalukan mak, memalukan isteri.
Kri, berubah ...
ADVERTISEMENT