Niat ahli perniagaan, Dato' Aliff Syukri untuk membuat amal kebajikan kepada balu arwah Abam telah mencetuskan spekulasi berikutan perkongsian balu arwah, Nor Hidayah Mohd Ali mengenai keadaannya kini termasuk mendakwa mendapat kekangan daripada keluarga Abam terutama dalam soal kewangan.
Enggan terus-menerus dipersalahkan Aliff Syukri hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas susulan sesi wawancara itu.
Kredit Foto - Media Hiburan
Aliff berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di pejabatnya di Kota Damansara, Petaling Jaya. Ikuti sidang media penuh Aliff Syukri di sini.
“Sebenarnya, saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa perlu minta maaf? Jangan salahkan saya atas kebenaran yang berlaku.
"Saya hanya jadi asbab mengapa perkara ni diketahui orang. Tapi tak mengapa. Biarlah berdamai, saya tak nak dipersalahkan sama seperti isu adik Balqis yang pernah terjadi sebelum ni.
"Saya nak tutup cerita sampai sini saja. Buat apa nak cari gaduh dengan orang, nanti mati mengejut. Ni dah nak dekat bulan puasa, biarlah saya mengalah.
"Jangan bercerita pasal saya, ceritalah pasal situasi dalam kerajaan sedang berlaku sekarang.
"Justeru, saya Aliff Syukri Kamarzaman mohon maaf. Saya tujukan kepada Ali Puteh, Nor Hidayah, keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Semoga permohonan maaf Aliff Syukri ini dapat diterima pihak yang terjejas. - CARI
|