"Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai." Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung.
Dalam ceramah perdana 'Taubat Seorang Pendosa' di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu, Datuk Ustaz Kazim Elias bagaimanapun berkata, golongan terbabit sebenarnya sudah mendapat hidayah ketika mereka memilih untuk 'menutup rambut'. Jelasnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung sudah menolak hidayah Allah. “Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini. Datang keinsafan dan balik dari umrah, cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaubat. “Lepas pakai tudung, tak ada job. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang.
"Akhirnya, dia buka tudung. Dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap. Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya dipetik mStar Online. Dalam masa sama, Ustaz Kazim memberi contoh seorang artis yang menanggalkan tudung selepas bercerai dengan alasan tidak mahu hipokrit kerana dulu, suami yang suruh bertudung. “(Dia jawab) Saya tak nak hipokrit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit. “I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh. Malah, Ustaz Kazim menyifatkan tindakan golongan ini meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah selepas menaggalkan tudung sebagai tindakan pelik. “Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit,” katanya. Mengakui kata-kata itu ditujukan buatnya, penerbit drama Datuk A Aida bagaimanapun tidak terasa hati memandangkan isi penyampaian itu adalah perkara yang baik. “Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya. Semoga dengan mendengar ceramah ini, pintu hidayah dibuka kembali buat Aida dan rakan-rakan. - CARI
|
Belanga_Tefal replied at 24-2-2020 01:03 PM
Awat muka dia pelikkkk ngat aihh?? Bukan ka pakai tudung dah helokkkk..
indenial replied at 24-2-2020 01:07 PM
Someone pls drop her ig username pls
wannoorazlina replied at 24-2-2020 01:36 PM
skrg mcm ada bau2 ikan dgn si zoey rahman
dudaberhias replied at 24-2-2020 01:08 PM
banyak cucuk sana sini... banyok duit khennnn
ADVERTISEMENT