"Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Tidak fasal-fasal saya pula menjadi mangsa." Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri jelas terkilan dengan kenyataan dilontarkan Ali Puteh yang memintanya bertaubat.
Memetik Harian Metro, Aliff berkeras menganggap tindakannya menyiarkan rakaman temu bual bersama balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali bukan satu kesalahan. "Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi. "Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya?
"Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka," katanya kepada Harian Metro. Katanya, dia kecewa kerana kontroversi itu menyebabkan dia merana dengan segala tohmahan dilemparkan terhadapnya terutama dari pihak warganet. Bagaimanapun, dia malas memanjangkan isu itu dan mencari gaduh kerana menurutnya, dia mempunyai bukti mencukupi bagi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya. "Video yang disiarkan itu baru 10 peratus. Ada lagi perkara lain yang masih disimpan. Cuma, saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. "Jadi, tunggu penjelasan lanjut daripada saya pada sidang media Isnin ini," katanya. Tunggu sajalah kemunculannya sebentar lagi. Terdahulu, Ali dalam sidang media memohon supaya Aliff bertaubat selepas menjaja cerita mengenai keluarganya. Kenapa tak bersemuka saja supaya tidak membazir masa banyak pihak mengadakan sidang media banyak kali? - CARI
|
Isfa76 replied at 24-2-2020 10:31 AM
Sudah2lah tu alip.. depa dua org tu dah berbaik dah.. jgn keruhkan lagi keadaan.. at the first place ...
Kurex replied at 24-2-2020 10:46 AM
iols belah ponen ni walaupun tak kenan dia..
iols dah tau perkara sebenar..
jiwakacau06 replied at 24-2-2020 10:54 AM
apa kes sebenar nya...
mmg dihalau nya dayah ke?
kata nya dari ari kebumian pn dh krisis...
ADVERTISEMENT