CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Penting Sangat Ke Lafaz Sekali Akad Ni?" - Netizen Anggap Ia 'Buli' Terhadap Pengantin Lelaki

24-2-2020 10:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8085| Komen: 26



Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri.

Itu antara berita utama portal media saat kedua-dua artis tersebut sah menjadi suami isteri. Begitu juga dengan perkahwinan Emma Maembong dan suaminya juga menyebutkan jumlah lafaz tersebut.

Namun, ia tidak begitu disenangi oleh segelintir rakyat Malaysia. Mereka beranggapan tiada apa pun yang membanggakan mengenai jumlah lafaz nikah malahan lebih teruk kerana ia membuatkan sesetengah pengantin lelaki merasa malu dan tidak yakin dengan diri sendiri.


Kredit foto: Twitter

Dalam ijab kabul, sememangnya ketika tangan berjabat dengan tok kadi selalunya membuatkan pengantin berpeluh-peluh sehingga terlupa dengan perkataan yang sepatutnya diucapkan dalam lafaz. Jadi, apabila ianya menjadi mainan media, mulut-mulut orang yang bercakap ianya menambahkan lagi kerisauan pengantin itu sendiri. Jadi gesaan untuk menghentikan keistimewaan lafaz ini supaya lebih memfokuskan pada perkara yang lebih penting.

Google

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat, dalam konteks ini, penulisan sekali lafaz itu adalah untuk menyedapkan artikel sahaja. Jika berminat boleh membaca lebih lanjut. Namun, ianya bukan sahaja membabitkan tajuk penulisan semata-mata kerana ada juga pengantin yang sangat teruk hingga berkali-kali terpaksa diakad nikahkan. Wajarkah menyeksa pengantin?

Google

Namun, dalam kes yang sebenar, ramai sahaja pengantin lelaki melafaz hanya sekali. Jika ada dua kali sekalipun tidaklah terlalu ramai dan jarang-jarang sahaja yang lebih dari tiga kali. Jadi, apa istimewanya lafaz nikah tersebut? Menyatukan ikatan lelaki dan wanita sebagai suami isteri, itu yang lebih penting. Lafaz sekali atau lebih itu sekadar untuk menyedapkan perbualan kan? - CARI 
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 24-2-2020 10:15 AM
Asalkan sah,sudah ler..hehehe..
Tp mmg pelik jgk laa bila org kecam kalau pengantin lelaki akad lebih drpd 1x..org tu dah laa tgh neves..kne kecam cenggitu..kesian ler..
Quote shark_eow7 24-2-2020 10:15 AM
si jamal denganmarina tu kawen banyak kali jugak trial. sebab si jamal tu gugup. pon femes jugak masuk tv.
Quote Kurex 24-2-2020 10:35 AM
hati pedih menangis... jiwaku yanh suram.. malam yang panjang ini aku bersendirian.. merenung kehidupan.. memikir kesudahan.. pada siapakah hendak ku curah keresahanku..
Quote chicozinn 24-2-2020 10:35 AM
shark_eow7 replied at 24-2-2020 10:15 AM
si jamal denganmarina tu kawen banyak kali jugak trial. sebab si jamal tu gugup. pon femes jugak mas ...


Quote hasniey 24-2-2020 10:39 AM
Kalau kadi tmpat ai saje suruh lafaz dua kali.nak bg semua org dgr katanye.tp ckp lembutt je.xde sindir2,usik2 manja je.pengantin pon x nervous
Quote husna_amal 24-2-2020 10:40 AM
Tak mengapa kalau beberapa kali lafaz pun. Yang penting nikah tu sah dan diredhai Allah. Lepas nikah jalani tanggungjawab sebaik boleh.
Quote realist_13 24-2-2020 10:42 AM
Belum lg di kalangan wifey2 yg memuja2 hsbnd sndiri dgn skali lafaz jew... mcm la yg 2,3 kali lafaz tu prkahwinan jadi cacat ke apa (sorry ter-emo sbb prnah dngar topik ni among frens)
Quote shida81 24-2-2020 10:58 AM
amende bende mcm ni je jd issue... ada ke x jd kawen sbb kena kacau ngn tok kadi..
Quote abadi84 24-2-2020 11:09 AM
Asalkn sah sudahlah
Apa guna pun sekali lafaz
Pastu bercerai 4 bln kedian
Quote RatuDunia94 24-2-2020 11:10 AM
Edited by RatuDunia94 at 24-2-2020 11:13 AM

Sebenarnya itu adalah template penulisan laporan berita wartawan malaysia yach..

Mmg setiap kali ada retis kahwin mesti ayatnya sama je..

"Dengan sekali lafaz Samad Jubir selamat bergelar suami kepada Mariam Kamsan". Pasangan tersebut selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin wanita di Masjid Batang Ai dengan mas kahwin sebanyak 50sen. Mariam Kamsan yang cantik dalam persalinan putih rekaan Ramli Ramadon itu menerima wang hantaran sebanyak RM10.10 dari pengantin lelaki. Samad Jubir yang terkenal dengan filem Anak PPRT itu mula menjalin cinta dengan pelakon yang sedang meningkat naik Mariam Kamsan sejak 2 tahun lalu. bla bla bla bla..."


Kalau berita kematian pulak..

"Penyanyi popular era 80an Jonet Kassim yang terkenal dengan lagu Terkulai Layu telah meninggal dunia yang semalam akibat digigit nyamuk. Allahyarham menghembuskan nafas terkahir di rumahnya pada jam 5.30 pagi. Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung PPRT untuk solat jenazah dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batang Berjuntai. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak."
Quote bondeh 24-2-2020 11:15 AM
aduhai ini pun jadi issue keh....
laki meolls muallaf sehari sebelum nikah jumpa tok kadi nak belajar sebut betul2 sbb hari2 smpi now dia suka panggil nama penuh meolls (sekali binti)
Alhamdulillah sekali lafaz dgn tenangggg yihhhh...
Quote Sangkar_Emas7 24-2-2020 11:16 AM
Rasa ni mmg dah template kot..dr wartawan. Alaaaa...mcm tak biasa, HR buat surat pon ade tempalate, just tukan sikit2 je....
Quote syadq 24-2-2020 11:35 AM
Kalau nikah siap mikrofon nak semua org dengar mmg kena sekali lafaz baru la perfect. Walhal sepatutnya cukup tok kadi dgn saksi je dengar jelas.
Quote ainashiqa 24-2-2020 11:48 AM
Wow.. Hebat u ni
Quote MentariSenja 24-2-2020 11:55 AM
Bukan takat sekali 'lafaz', sekali 'nafas' pun boleh jadi isu besar. Benda remeh temeh ni yg dikisahkan. Tu yg pengantin lelaki gementar sampai tersasul2. Padahal benda tu simple jer. Asal sebutan jelas, hajat dan niat tu sampai, sudahlah. Kosserrr betul
Quote aTiKah_aYuNi 24-2-2020 01:19 PM
sibuk bangga dengan sekalilafaz tu...hujung2 jadi biawak hidup..

lahanat la
Quote Kenabertaubat 24-2-2020 01:19 PM
Tok kadi I dulu aman-aman je bagitau husband I.. Kita buat yang simple sudah. Tak payah nak berjela.
Quote palmolive 24-2-2020 01:35 PM
sah ke tak bergantung pd telinga tok kadi tu..
ada jek yg lafaz tak senafas sah jek...
sementara yg fasih qalam, cukup idghamnya..jelas matannya..leh pulak kena ulang
Quote any42 24-2-2020 02:18 PM
lafaz nikah pun jd isu. apo lah. nikah skli lafaz kna bangga ke. jgn nnti cerai skli lafaz antar ikot whtssap je

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top