Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri.
Itu antara berita utama portal media saat kedua-dua artis tersebut sah menjadi suami isteri. Begitu juga dengan perkahwinan Emma Maembong dan suaminya juga menyebutkan jumlah lafaz tersebut.
Namun, ia tidak begitu disenangi oleh segelintir rakyat Malaysia. Mereka beranggapan tiada apa pun yang membanggakan mengenai jumlah lafaz nikah malahan lebih teruk kerana ia membuatkan sesetengah pengantin lelaki merasa malu dan tidak yakin dengan diri sendiri.
Kredit foto: Twitter
Dalam ijab kabul, sememangnya ketika tangan berjabat dengan tok kadi selalunya membuatkan pengantin berpeluh-peluh sehingga terlupa dengan perkataan yang sepatutnya diucapkan dalam lafaz. Jadi, apabila ianya menjadi mainan media, mulut-mulut orang yang bercakap ianya menambahkan lagi kerisauan pengantin itu sendiri. Jadi gesaan untuk menghentikan keistimewaan lafaz ini supaya lebih memfokuskan pada perkara yang lebih penting.
Google
Bagaimanapun, rata-rata berpendapat, dalam konteks ini, penulisan sekali lafaz itu adalah untuk menyedapkan artikel sahaja. Jika berminat boleh membaca lebih lanjut. Namun, ianya bukan sahaja membabitkan tajuk penulisan semata-mata kerana ada juga pengantin yang sangat teruk hingga berkali-kali terpaksa diakad nikahkan. Wajarkah menyeksa pengantin?
Google
Namun, dalam kes yang sebenar, ramai sahaja pengantin lelaki melafaz hanya sekali. Jika ada dua kali sekalipun tidaklah terlalu ramai dan jarang-jarang sahaja yang lebih dari tiga kali. Jadi, apa istimewanya lafaz nikah tersebut? Menyatukan ikatan lelaki dan wanita sebagai suami isteri, itu yang lebih penting. Lafaz sekali atau lebih itu sekadar untuk menyedapkan perbualan kan? - CARI
|