CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MB Selangor Janji Tak Kurangkan Keluasan Hutan Simpan

21-2-2020 10:30 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 2466| Komen: 13|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Amirudin Shari dalam sidang media.

Kredit foto: Selangor Kini

Kebakaran dan pencerobohan hutan merupakan antara alasan yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mempertahankan cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau juga menyatakan 40 peratus daripada kawasan hutan seluas 931.1 hektar itu tidak lagi mempunyai elemen hutan dara.


Bagaimanapun, cadangan itu masih dalam proses penilaian kerajaan negeri Selangor dan orang ramai masih boleh mengemukakan pandangan sehingga 5 Mac ini.

"Cadangan yang dikemukakan telah mengambil kira proses nyahgazet akan diikuti dengan penggantian kawasan baru yang jumlahnya menyamai atau lebih dari keluasan hutan yang diambil.

"Apabila ada teguran yang mengatakan nyahgazet ini bertentangan dengan hasrat kerajaan negeri dan Pusat dalam pengekalan hutan simpan, tuduhan itu adalah terpesong dan gagal difahami mereka," jelasnya.


Lokasi Hutan Simpan Kuala Langat.
Kredit foto: Twitter/RED ANGPOW

Beliau menjelaskan, rizab hutan simpan Kuala Langat akan digantikan di kawasan-kawasan lain termasuk Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor dengan 121 hektar lebih luas daripada kawasan asal.

Rizab hutan simpan baharu yang dicadangkan terletak di Sungai Panjang (308.62 hektar), Sungai Panjang 2 (606.88 hektar), Taman Alam Kuala Selangor dan Ampang Pechah Hulu Selangor.

"Kesemua kawasan ini dalam proses digazetkan untuk meluaskan kawasan hutan simpan. Daripada empat kawasan ini, kerajaan negeri akan pilih tiga yang terbaik untuk tujuan penggantian itu. Dalam masa sama, hutan gambut dan ekosistem turut dipelihara," katanya.


Pemandangan Hutan Simpan Kuala Langat dari udara.
Kredit foto: Malaysia Dateline

Amirudin turut memberi jaminan bahawa empat kampung Orang Asli tidak terlibat dalam cadangan pemansuhan status itu, manakala isu tanah perkuburan suku Temuan akan dipertimbangkan selepas tempoh bantahan berakhir.

"Saya bukan nak jadi Menteri Besar yang mengurangkan kawasan hutan simpan. Itu janji saya, malah jumlahnya semakin bertambah saban tahun," katanya.

Cadangan pemansuhan hutan simpan itu dibantah banyak pihak termasuk Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar.

Orang ramai juga boleh menyuarakan bantahan melalui petisyen yang dimulakan dalam laman change.org. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 21-2-2020 10:32 AM
ye ke bro? leh caya ke
Quote Ina8895 21-2-2020 10:33 AM
Percaaayaaaa laaahhh....
Quote R2D2 21-2-2020 10:35 AM
kagum ! Aku tlg respon bagi pihak macai
Quote kibodwatriuh 21-2-2020 10:48 AM
Lojika kumbahan apa nih?
Quote AbukRokok 21-2-2020 10:54 AM
dgr kata org2 kampung kat kuala langat dpt surat kne bayar cukai pintu..... selama ni xkne byar cukai pintu..kjaan dah xde duit ke apa?

hutan kuala langat ni nak ganti kemana? hulu langat?

kerajaan pilihan rakyat tunduk kpd ultra kapitais taukeh
Quote JohnnyLever 21-2-2020 11:00 AM
apa nak jadi negeri aku, menteri besar pun orang luar, tak tahulah mak bapa dia orang Selangor
Quote Ina8895 21-2-2020 11:03 AM
Wang besar! Wang besar!
Quote husna_amal 21-2-2020 11:42 AM
bagus lah ada usaha pemuliharaan hutan kat selangor ni. harap jangan ada pembalakan haram.
Quote Ina8895 21-2-2020 12:02 PM
husna_amal: bagus lah ada usaha pemuliharaan hutan kat selangor ni. harap jangan ada pembalakan haram.


Tertinggal bas ke? Dia nak mansuhkan hutan simpan kuala langat tu.

Kalau ikut rekod, kerajaan tak pernah gantikan semula kawasan hutan simpan yang lesap.
Quote harisbee 21-2-2020 01:38 PM
Hutan simpan tu nak ganti dgn tanah lot dia ke
Quote grouper 21-2-2020 02:20 PM
Akan bertambahlah keluasan hutan simpan di selangor nanti..alhamdulillah
Quote FailFish 21-2-2020 02:28 PM


macai sebelah pun mcm tak percaya dia cakap
Quote Ina8895 21-2-2020 06:49 PM
FailFish replied at 21-2-2020 02:28 PM
macai sebelah pun mcm tak percaya dia cakap

Muka terkejut mb cakap camtu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063187 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top