CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Propose Article Lihat artikel

EMPATHY SEMAKIN TIADA

19-2-2020 12:31 PM| Diterbitkan: adila39| Dilihat: 440| Komen: 0|Original author: Bunga Cengkih

Dalam kehidupan harian kita, disekeliling kita akan ada pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang sangat mudah untuk dibaca dan ada juga sangat sukar. Topik hari ini ingin saya sentuh tentang SIKAP MANUSIA ZAMAN MODEN sekarang ni. Betul ke sikap EMPATHY semakin menipis? sikap manusia sejagat zaman ni lebih suka menghukum daripada cuba menyelami atau cuba memahami sesuatu keadaan yang berlaku. Hinggakan orang yang meninggal pun dikutuk dengan perbagai spekulasi dicanang sewenang wenangnya. 

Kisah bapa yang terlupa akan bayinya yang berusia 9 bulan tertinggal di dalam kereta dan menyebabkan kematian. Adakah itu satu tiket untuk orang ramai mengutuk dan tanpa rasa kasihan? menghukum sibapa dengan pelbagai gelaran. Dah lupa ke dengan istilah Qad dan Qadar dan juga TAKDIR? 

Mengeji dan mengutuk pribadi orang lain walau hanya mengenali dari luaran. Satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab. Rata rata golongan ini adalah golongan yang pada hakikatnya penuh dengan kekecewaan didalam kehidupan harian mereka. Barangkali dengan mengutuk orang lain akan membuat mereka bahagia atau sebaliknya? hakikatnya golongan ini amat perlu di bantu dan diberikan perhatian. Tunjukkan kasih sayang dan berikan sokongan walau golongan ini akan terus memaki hamun. Berbuat baik kepada orang lain pastinya akan membuatkan hati anda menjadi lebih tenang. 


Akhir kata, pasti hidup ini akan lebih mudah dan untuk mereka yang berhadapan kesukaran akan lebih tabah jika masing masing ada sikap EMPATHY.  Tak salah pun berbuat baik kepada semua. 

EMPATHY SEMAKIN TIADA

Apa itu EMPATHY? jom semak kamus! 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.074356 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top