Masih berduka dengan berita pemergian Ashraf Sinclair, ada sesetengah individu yang memang langsung tak sensitif. Menerusi laman Facebbok I love Pahang, seorang individu mencetuskan amarah ramai apabila mengeluarkan komen tentang kematian suami kepada Bunga Citra Lestari (BCL) itu.
Difahamkan sebelum ini dia pernah menegur Ashraf tentang pemakaian isterinya, Bunga yang dianggap mencolok mata. Namun individu berkenaan bengang apabila dimarahi kembali oleh Ashraf.
Lantas apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia, indvividu tersebut seakan berpuas hati dan menulis, "Selamat bersoal jawab dengan Tuhan. Rasakan." Dia juga sempat meninggalkan pesan buat balu Ashraf. Susulan itu, ramai netizen yang membalas kembali komen tersebut. Kata mereka, memang seharusnya sesama Islam kita patut saling tegur menegur, namun janganlah sampai melampaui batas dengan gelakkan kematiannya. Menurut sumber, rupa-rupanya ini adalah individu sama yang hina arwah Abam Bocey sebelum ini. Mengucap panjang bila jumpa manusia jenis begini. Harap bawa-bawalah bertaubat. Mana tahu lepas ini kita pula yang akan menemui ajal. -CARI
|
bebed replied at 19-2-2020 12:44 PM
tapi org gini, lambat pulak matinya...
bebed replied at 19-2-2020 12:44 PM
tapi org gini, lambat pulak matinya...
realist_13 replied at 19-2-2020 12:52 PM
Tu la yew
Lambat mati nk suruh bertobat dlu, bak kata forumer lain uols...
slavehunter replied at 19-2-2020 12:55 PM
Kannnn...ada jer manusia macam ni dia jenis bersorak kalau tengok orang lain ditimpa musibah. Ala ...
bebed replied at 19-2-2020 01:10 PM
sedih kan tengok betapa toksiknya masyarakat kita skrg ni
ADVERTISEMENT