Masih berduka dengan berita pemergian Ashraf Sinclair, ada sesetengah individu yang memang langsung tak sensitif.
Menerusi laman Facebbok I love Pahang, seorang individu mencetuskan amarah ramai apabila mengeluarkan komen tentang kematian suami kepada Bunga Citra Lestari (BCL) itu.
Foto: IG
Difahamkan sebelum ini dia pernah menegur Ashraf tentang pemakaian isterinya, Bunga yang dianggap mencolok mata.
Kredit foto: Via Lobak Merah
Namun individu berkenaan bengang apabila dimarahi kembali oleh Ashraf.
Lantas apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia, indvividu tersebut seakan berpuas hati dan menulis, "Selamat bersoal jawab dengan Tuhan. Rasakan."
Dia juga sempat meninggalkan pesan buat balu Ashraf.
Kredit foto: Via Lobak Merah
Susulan itu, ramai netizen yang membalas kembali komen tersebut.
Kata mereka, memang seharusnya sesama Islam kita patut saling tegur menegur, namun janganlah sampai melampaui batas dengan gelakkan kematiannya.
Menurut sumber, rupa-rupanya ini adalah individu sama yang hina arwah Abam Bocey sebelum ini.
Kredit foto: Via Lobak Merah
Mengucap panjang bila jumpa manusia jenis begini. Harap bawa-bawalah bertaubat. Mana tahu lepas ini kita pula yang akan menemui ajal. -CARI |