CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Buat 'Gold Digger Test' Ke Atas Bakal Tunang Dan Hasilnya Sangat Mengejutkan!

19-2-2020 10:51 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 13877| Komen: 42|Original author: Oleh: hafiz.ahmad

Jika anda gemar melayari video-video Youtuber Barat, pasti anda biasa dengan video prank yang dilakukan mereka. 

Mereka boleh dikatakan agak ekstrem dalam melakukan prank sehingga kadangkala dilihat melampaui batas apabila mengakibatkan kesan buruk kepada si mangsa.


Buat anda yang tidak tahu apa itu Gold Digger Test, ia adalah ujian yang kebiasaannya dilakukan ke atas teman wanita seseorang. Si prankster akan mengupah pelakon kacak dan kelihatan kaya untuk menggoda gadis yang mereka mahu uji. 

Jika si mangsa termakan pujukan pelakon kacak tadi, bermakna si mangsa telah gagal ujian ini kerana tidak setia kepada teman lelaki.



Terbaru, Bros Gang TV ada melakukan Gold Digger Test versi Malaysia! Mereka bersetuju dengan seorang rakan untuk menguji teman wanitanya dalam ujian ini. 

Meskipun gusar dengan hasilnya, rakan mereka tetap nekad mahu menguji teman wanitanya sebelum mereka bertunang tidak lama lagi.




Segala persiapan telah dibuat, kamera rahsia diletakkan di ruang kecil, mikrofon dihidupkan untuk mendengar perbualan mangsa dan pelakon upahan kacak juga telah bersiap sedia untuk menggoda teman wanita rakan mereka tadi.

Lakonan dimulakan dengan teman lelaki tersebut membawa teman wanitanya ke taman untuk jogging bersama. Beberapa ketika kemudian, lelaki itu meminta diri untuk membeli sesuatu, seklai gus memberi ruang kepada pelakon upahan menyapa si mangsa. 

Selepas pelakon upahan menegur mangsa, mereka berjaya bertukar nombor telefon dan berborak mesra ketika ketiadaan teman lelakinya. Lebih sedih, si teman lelaki terpaksa berpura-pura tidak mengetahui apa-apa untuk ke ujian seterusnya. 



Untuk ujian kedua, pelakon upahan akan mengajak si mangsa untuk keluar berdua. Dalam masa sama, si teman lelaki juga mengajak teman wanitanya untuk keluar bersama, namun pelawaannya ditolak kerana teman wanitanya dikatakan ada makan malam bersama keluarga besar dan tidak manis jika dia turut serta.



Anda ingin tahu apa hasil Gold Digger Test ini? Tonton video penuh mereka di channel Youtube Bros Gang TV. Hasilnya sangatlah mengejutkan! Jika anda mahu uji teman wanita di sisi, boleh buat ujian ini! Berani ke? - CARI


3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-2-2020 11:00 AM
hensemmmmm
Quote Ina8895 19-2-2020 11:15 AM
Kurex: hensemmmmm


Kau ni gay ke?
Quote Artemesiaa 19-2-2020 11:18 AM
Zaman sekarang ni ramai yang suka jadi pelakun tak kira muda atau tua jadi pandai2lah menilai
Quote kaoru44 19-2-2020 11:34 AM
Betul2 ke ni..senang btul ppuan skrg ikut jantan xkenal..
Ye la agaknya bf sndri xhnsem,xkaya dh alang2 org nk ada rupa..kete mahal..
Ada pluang ubah hidup kn..apa lg..
Kesian bf dia bengang je..awek tu plak bodo2 je jawab..
Quote coolie83 19-2-2020 11:35 AM
cash lah! (kalau betullah benda ni bukan lakonan)
Quote Lavender85 19-2-2020 11:42 AM
Ntahlah klau dorg betul2 kwn. 4 tahun bercinta xkn gf x kenal kwn2 bf dia?
Quote Orix 19-2-2020 11:43 AM
suara pmpuan tu mcm suara dalam bidio capik belakang sikit
Quote mizruncing 19-2-2020 11:49 AM
meols pn dh tgk. giler arh pmpn tu. birah btol. elok la x jd bertunang. kesian plak tgk bf dia. klu meols mmg takde la aku nk curang terang2 gitu. ni kau gi jogging, bf kau tgal kau kejap je pn dah berani tukar no dgn laki lain. klu tiba2 bf kau muncul masa kau tukar no hp tu tak ke naya. so cash laaa
Quote BebeQ 19-2-2020 11:54 AM
Bodohnya team ni.
Manusia boleh berubah. Kalau dia tak buat test ni, tah2 bahagia pasangan ni.
Quote zulka 19-2-2020 11:55 AM
kalau awek aku buat camni, aku main je pastu blah...
Quote anony-mous 19-2-2020 11:55 AM
Kurex replied at 19-2-2020 11:00 AM
hensemmmmm

Yg baju merah tu kan?
Quote anony-mous 19-2-2020 11:57 AM
Xpyh la buat test2 mcm ni sb klau kene dkt iols mcm fail jah hensem laki tu. smentara boleh pilih (sblm kahwin) op coz nk kenal2

Same goes prempuan bodoh yg suka test pakwe guna number lain lps tu mrah bila bf menggatal. Jenis2 test ni namanya xde penyakit tp cari penyakit
Quote billionman78 19-2-2020 12:39 PM
susah nak cakaplah...

sebelum akad nikah macam2 boleh jadi. kena pulak yang datang tu good looking, kaya etc....

Quote mohdcrow 19-2-2020 12:52 PM
Berlakon...demi sesuap viewer
Quote diiyanazakaria 19-2-2020 12:59 PM
Bitchhhnyaaa
Quote azimodin 19-2-2020 01:07 PM
ni bukan gold digger test memandangkan cubaan mengorat wek orang itu dilakukan oleh lekaki yang sendurina.  lain la pelakon upahan muncul dengan sebijik maserati or helicopter

ini semua poyo!
Quote violetungu 19-2-2020 01:44 PM
Tak dak pasai cari pasai..dok elok pi test2.. saja cari penyakit.
Quote sarukhan 19-2-2020 02:08 PM
Maaf.. Tapi nampak try hard and too fake... Hmm
Quote Cassieopeia 19-2-2020 02:09 PM
eh bencinye aku org nak test2 ni. mendapatla ko. esok2 awek baru plak yg test ko

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062657 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top