CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ajal Ketika Tidur, Jom Amalkan 4 Pesanan Rasullulah S.A.W Ini

20-2-2020 12:23 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 3455| Komen: 6|Original author: intan

Description: Ajal maut di tangan tuhan. Kebelakangan ini banyak pula berita mengenai individu yang menamatkan kehidupan di alam sementara ini ketika sedang tidur.Sesungguhnya maut itu tidak dapat dijangka sama sek ...
Ajal maut di tangan tuhan. Kebelakangan ini banyak pula berita mengenai individu yang menamatkan kehidupan di alam sementara ini ketika sedang tidur.

Sesungguhnya maut itu tidak dapat dijangka sama sekali dalam rencah kehidupan kerana ianya menjadi rahsia Allah S.W.T, kerana tidur itu juga hakikatnya merupakan kematian sementara.

Kredit foto: Carian Google
Oleh disebabkan itu, di dalam Islam kita dituntut untuk mengamalkan amalan bacaan doa sebelum tidur. Kerana sesungguhnya jika kita tidak ditakdirkan tidak bangun lagi, Insyallah kematian kita itu dalam keadaan yang baik dan diredhai.

Rasullulah S.A.W pernah bersabda kepada isterinya, Siti Aisyah

"Ya, Siti Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini,"

"Apakah perkara itu, Ya Rasulullah?" tanya Siti Aisyah.


"Pertama, haruslah engkau khatam al-quran. Kedua, pastikan bahawa engkau mendapat syafaar daripada rasulmu. Ketiga, pastikan engkau mendapat reda dari muslim dan muslimat. Keempat, kamu harus melaksanakan haji atau umrah," kata baginda.

Mendengarkan itu, Siti Aisyah lantas bertanya bagaimana cara untuk melaksanakan 4 perkara itu dalam tempoh yang singkat.

Rasulullah yang mendengar soalan itu kemudian bersabda"

1. Jika engkau tidur, bacalah surah al-ikhlas tiga kali seakan-akan engkau telah khatam al-quran.

Kredit foto: Carian google
2. Bacalah selawat ke atasku dan juga para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat ke atas kamu di hari kiamat.

3. Istighfarlah untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau.

Kredit foto: Carian google
4. Kemudian banyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka engkau seakan-akan telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Amalkan pesanan Rasulullah untuk kebaikan bersama, tidak kiralah ajal menjemput atau tidak. 

Permulaan awal tahun 2020 digemparkan dengan kematian mengejut pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar, manakala selasa lalu seorang lagi pelakon Ashraf Sinclair, 41, meninggal dunia di dalam tidur dipercayai kerana serangan jantung.- CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 20-2-2020 12:41 PM
semoga kita meninggal dalam keadaan khusnul khotimah
Quote Ladybird910 20-2-2020 01:10 PM
Terima kasih atas ingt yg bagus ni...
Quote keds 20-2-2020 02:55 PM
Semoga Kita pergi dengan Cara baik & diredhai-Nya.
Quote palmolive 20-2-2020 02:59 PM
kalo letak Sanad lagi cantik
Quote MisXoXo 21-2-2020 01:08 AM
Syukran..sy mohon share ilmu ni ya..
Quote Betara_Indera 21-2-2020 09:07 AM
terime kasih

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.043224 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top