Sudah tahun 2020, tabiat pemandu Malaysia masih ditakuk lama dan mementingkan diri sendiri. Selain menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat dan memandu perlahan di lorong laju, melanggar lampu isyarat adalah salah satu tabiat yang sangat menyakitkan hati. 'Mentaliti jamban'! Seorang pengguna Twitter berkongsi detik cemas apabila penunggang motosikal melambung tinggi selepas dirempuh sebuah Myvi di persimpangan lampu isyarat. Dalam kejadian, mangsa yang baru saja meneruskan perjalanan selepas lampu bertukar hijau, dirempuh kuat oleh Myvi yang melanggar lampu merah. Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum terhempas di atas jalan raya. Menurut sumber, mangsa masih hidup selepas kejadian itu, tetapi kelihatan lemah dan tidak bermaya. Difahamkan, video bukti itu juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Justeru, netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemandu myvi yang tidak mematuhi peraturan jalanraya itu. Asal myvi je mesti tak relax! Mematuhi lampu isyarat memang kadangkala menguji kesabaran. Namun, mematuhinya bukanlah sesuatu yang sukar. Oleh itu, cubalah melatih kesabaran dan iltizam dalam diri agar mampu mendidik hati ke arah insan yang lebih baik sebelum ada yang menjadi korban akibat sikap kita. -CARI
|
adelea: myvi tu langgar red light ker , sorry tak nampak traffic light tu hijau arah ke mana
Boomibulat: Knp I nmpk mcm motor yg langgar lampu merah..kan ke lampu masih hijau masa myvi jalan..mohon pencerahan
cikatilia replied at 20-2-2020 11:53 AM
adakah pemandu nya wanita
sbb now perempuan bawak keta emo gila babi mcm baru kena talak
Boomibulat replied at 20-2-2020 11:57 AM
betul tu..yg bwk moto pun sama..kat lampu merah org semua berenti dia sorang menonong je pgi
Kurex replied at 20-2-2020 11:37 AM
dekat area kl ramai binatang bawak kereta
Kurex: dekat area kl ramai binatang bawak kereta
palmolive replied at 20-2-2020 12:39 PM
binatang2 ni takder kerja sgt tgh2 jem pun galak nak tukar lorong..
padahal lorong depan dia ada ...
ADVERTISEMENT