Kredit foto: Twitter @Faizrhm
Sudah tahun 2020, tabiat pemandu Malaysia masih ditakuk lama dan mementingkan diri sendiri. Selain menukar lorong tanpa memberi lampu isyarat dan memandu perlahan di lorong laju, melanggar lampu isyarat adalah salah satu tabiat yang sangat menyakitkan hati. 'Mentaliti jamban'!
Seorang pengguna Twitter berkongsi detik cemas apabila penunggang motosikal melambung tinggi selepas dirempuh sebuah Myvi di persimpangan lampu isyarat.
Dalam kejadian, mangsa yang baru saja meneruskan perjalanan selepas lampu bertukar hijau, dirempuh kuat oleh Myvi yang melanggar lampu merah.
Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum terhempas di atas jalan raya.
Menurut sumber, mangsa masih hidup selepas kejadian itu, tetapi kelihatan lemah dan tidak bermaya.
Kredit foto: Twitter @Faizrhm
Difahamkan, video bukti itu juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Justeru, netizen mengecam sekeras-kerasnya tindakan pemandu myvi yang tidak mematuhi peraturan jalanraya itu.
Asal myvi je mesti tak relax!
Kredit foto: Twitter @Faizrhm
Mematuhi lampu isyarat memang kadangkala menguji kesabaran. Namun, mematuhinya bukanlah sesuatu yang sukar.
Oleh itu, cubalah melatih kesabaran dan iltizam dalam diri agar mampu mendidik hati ke arah insan yang lebih baik sebelum ada yang menjadi korban akibat sikap kita. -CARI |