Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video seorang wanita dan anaknya ditahan kerana mencuri di pasar raya. Barang-barang yang dicuri pula adalah seperti gel mandian, ubat gigi, tin sardin, tin sotong, deodorant, syampu dan banyak lagi. Lebih mengejutkan, barang-barang tersebut disembunyikan dalam seluar yang dipakainya. Begitu banyak barang yang disimpan dan apabila dikeluarkan, penuh satu troli. Macam poket Doraemon!
Netizen menganggap perbuatan wanita itu bukanlah terdesak kerana barangan yang dicuri jelas sekali melebihi keperluan. Seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan, dia pernah membeli barangan yang dijual wanita terbabit yang dijual dengan harga murah. Ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa video ini ditularkan. Akan tetapi, jika tidak didedahkan perbuatannya, ramai lagi yang akan tertipu membeli barang curi dan makcik ini akan terus melakukan aktiviti tidak bermoral ini. |
rosasen replied at 18-2-2020 11:17 AM
ada org kenal dia jual2 brg...jual kt bonet lg.. maksudnya dh slalu mencuri la ni>?
pokaibanktokyo replied at 18-2-2020 12:46 PM
Di mana tuh ?
natrahn replied at 18-2-2020 03:51 PM
kan...sebab dengar tauke tu sebut barang selalu abis, tapi sales short...
Kurex: tak berbau ke letak dekat bahagian poen?
ADVERTISEMENT