Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video seorang wanita dan anaknya ditahan kerana mencuri di pasar raya.
Barang-barang yang dicuri pula adalah seperti gel mandian, ubat gigi, tin sardin, tin sotong, deodorant, syampu dan banyak lagi.
Lebih mengejutkan, barang-barang tersebut disembunyikan dalam seluar yang dipakainya. Begitu banyak barang yang disimpan dan apabila dikeluarkan, penuh satu troli. Macam poket Doraemon!
Netizen menganggap perbuatan wanita itu bukanlah terdesak kerana barangan yang dicuri jelas sekali melebihi keperluan.
Seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan, dia pernah membeli barangan yang dijual wanita terbabit yang dijual dengan harga murah.
Malah, ada juga netizen yang mengenalinya.
Ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa video ini ditularkan.
Akan tetapi, jika tidak didedahkan perbuatannya, ramai lagi yang akan tertipu membeli barang curi dan makcik ini akan terus melakukan aktiviti tidak bermoral ini.
Kredit foto: Twitter @dylawok
Dah terkantoi macam ni, moga makcik insaflah. Nak berniaga, biarlah ikut saluran yang betul dan dari sumber yang halal. - CARI
|