Angkara malas masuk kerja, wanita membuat laporan palsu kononnya disamun. Menurut BERNAMA, operator kilang berusia 28 tahun itu mendakwa dia kehilangan dokumen peribadi termasuk wang tunai RM150 selepas beg duitnya disamun awal pagi semalam.
Katanya, dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Permatang Nibong, Kubang Semang kira-kira jam 6.40 pagi. “Wanita itu mendakwa sebuah motosikal dari arah belakang telah membunyikan hon dan meminta dia berhenti sebelum dua lelaki terus mengambil dompetnya yang berada dalam raga motosikal ditunggangnya sebelum mereka terus memecut laju (motosikal),” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid. Siasatan awal mendapati wanita itu pernah membuat tiga laporan polis sebelum ini dan semua jalan ceritanya hampir sama.
Wanita itu kemudian mengaku membuat laporan palsu kerana enggan pergi kerja. - CARI |
renko replied at 14-2-2020 04:00 AM
pundek pemalas
xpayah kerja la sakai
membuta jela
FailFish: pergi klinik ambik mc lagi senangni apa level dia punya bodoh
ADVERTISEMENT