CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dia Orang Tua Bang, Jangan..." - Penguatkuasa Pukul Warga Emas Bengang Kereta Ditunda

14-2-2020 11:32 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8332| Komen: 20

Viral di media sosi@l video seorang penguatkuasa memukul seorang lelaki warga emas kerana menyerangnya.

Dalam kejadian yang tidak diketahui masa dan lokasi itu, penguatkuasa terpaksa menunda kereta warga emas itu kerana diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. 


Kredit foto: Facebook Adavadi Kaigalz

Berdasarkan video, anggota itu dipercayai memberi amaran kepadanya warga emas itu. Namun, warga emas itu terus memukul anggota itu dengan payungnya. 

Penguatkuasa berkenan kemudiannya membalas balik dengan tumbukkan dan menjatuhkan warga emas tersebut.

Loading FB Post...


Warga emas itu mengalami pendarahan di bahagian kepala.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera datang meleraikan kedua-dua pihak.

Video itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan tindakan anggota terbabit. 

Kredit foto: Facebook Adavadi Kaigalz

Mempertahankan diri dan bertindak balas di dalam situasi yang terdesak  memang satu keperluan. Tapi kadangkala perlu ada pertimbangan sewajarnya jua.

Sayangi yang muda, hormati yang tua. - CARI 

2

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 14-2-2020 11:36 AM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666
https://mforum1.cari.com.my/home.php?mod=space&uid=2378666
Quote Mfzg89 14-2-2020 12:05 PM
pakcik tu mmg salah..tapi dia bkn lawan kau sampai nak kena hayun penumbuk kat muka.. dia hayun bahu kau je..tonyoh badan dahla..  bkn nak bekap sape2.tapi malu ler sampai kuat gitu dia g tibai org tua.. ni konpem jenis baran & kurang ajar..x pn fedup pakcik tu x nak hulur "kopi"..  
Quote pokaibanktokyo 14-2-2020 12:22 PM
Dah tau tua apahal mau ketuk orang yang jalankan tugas? Bodoh tahap sial
Quote top5complete 14-2-2020 01:06 PM
makluk rasis = sokong pemukul orang tua, sebab dia cina
makluk beradab = sepatutnya pekerja itu bersabar dan mengelak dari tempat kejadian dan teruskan tunda kereta tersebut
Quote top5complete 14-2-2020 01:07 PM
makluk rasis = sokong pemukul orang tua, sebab dia cina
makluk beradab = sepatutnya pekerja itu bersabar dan mengelak dari tempat kejadian dan teruskan tunda kereta tersebut

bayangkan apabila orang tua tu tiba2 mati sebab strok.. tidak ke jadi kes bunuh?
sebab tu Allah dah cakap.. bila marah tu bersabar..
Quote Ladybird910 14-2-2020 01:34 PM
Tua bukan lesen utk attack org sesuka hati..it is an assault regardless kuat ke idok
Quote BoongaKertas 14-2-2020 02:31 PM
Ladybird910 replied at 14-2-2020 05:34 AM
Tua bukan lesen utk attack org sesuka hati..it is an assault regardless kuat ke idok

iols agree dgn ni. tp malangnya statement official keluar, dah mcm staff tu kena redho kalau kena provoke mcm tu.
Quote pia250110 14-2-2020 02:39 PM
penguatkuasa patut bio je kene pukul,,kan pukul balik jd cenggini la,,penjawat awam kalau pukul org biase kene viral lah jwpnye..
Quote ally9970 14-2-2020 03:03 PM
Dah tua2 bangka pun sibuk nak pukul orang...
Quote Fly_over 14-2-2020 03:15 PM
br lg kes cikgu depress mgaruk kete kne tarik. netizen puji habes abg baju merah yg kne ludah tu. kekal tenang kne haruk. cuba la jd kan ikutan. kalau abam penguatkuasa tenang pasti dpt pujian.
Quote Levespa 14-2-2020 03:25 PM
Pakcik tu mmg salah tapi perlu ke nak balas sampai tumbuk?
Quote saviour_09 14-2-2020 03:29 PM
kalo aku  kena payung tu, aku ludah je apek tu balik
tarik kahak dalam sket

jauh lagi bagus dari fizikal attack ni
silap hari bulan boleh kembali menemui tuhan oi

Quote kaishi 14-2-2020 03:29 PM
Pendapat aku plak...

Sure apek ni ada ckp maki2 sometg yg trigger kemarahan brother ni, dah la apek tu start dl, x kisah la dia tua ke ape, tp klu dia yg mulakan dl, ttp apek tu yg slh, brother tu plak mungkin da panas hati sgt dgn cuaca panas, lepas gak sebiji,

Mcm kes teksi oukul smpai mati baru ni, dah tua gak..... tp wpon da tua, bukan lesen tau nak maki hamun pukul org, kene tau benda ni,

Aku esok lusa tua gak, tp moga jauh la dr perangai2 camni
Quote Ladybird910 14-2-2020 03:30 PM
Edited by Ladybird910 at 14-2-2020 03:32 PM
BoongaKertas replied at 14-2-2020 02:31 PM
iols agree dgn ni. tp malangnya statement official keluar, dah mcm staff tu kena redho kalau kena  ...


Wat do u aspek?munteri Dapig xknlaaa nk side si mellyou...lalalala

Pakcik taxi yg bunuh kt petronas ngv tu pon tuwe gak..just guna skru driver je pon

Klu iols,
Iols akan cari lawyer...xkn minta maaf..stand by my action..sebab undang2 terpakai kat semua org..xkira tua ke muda
Quote tick 14-2-2020 04:00 PM
aduiiii tapi tak patut la dia tumbuk and jatuhkan uncle tu... sakit pinggang dia...
brader tu patut buat tak tau dgn uncle tu.
blah dan terus tarik kereta uncle. itu sahaja.
kalau dh tau awak tu hot tempered, jgn layan bneda mcm ni. blah shj.
Quote lanesra 14-2-2020 07:11 PM
MPSJ gantung tugas anggota pukul warga emas hingga rebah

SUBANG JAYA, 14 Feb — Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggantung tugas seorang anggota penguatkuasanya yang memukul seorang warga emas hingga rebah dan cedera.

Yang Dipertua MPSJ dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan untuk melakukan siasatan dalaman secara adil dan terperinci.

“Sekiranya orang ramai yang tidak berpuas hati atas sebarang tindakan penguatkuasaan yang dikenakan, mereka boleh mengemukakan aduan secara rasmi kepada pejabat MPSJ atau Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut,” kata Noraini Roslan.

Tular dalam insiden semalam, seorang anggota penguatkuasa sedang melakukan tugas menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas di kawasan komersil USJ 9.

Tidak berpuas hati kenderaan ditunda, pemilik kereta itu terlebih dahulu cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda sebelum memarahi dan memukul anggota MPSJ itu dengan payung.

Anggota penguatkuasa itu kemudian membalasnya dengan tumbukan sambil merebahkan lelaki warga emas itu sebelum ditenangkan orang awam.

Lelaki warga emas itu kelihatan cedera di bahagian kepala.

Hal itu mendapat teguran warga maya termasuk wakil rakyat kawasan itu, Michelle Ng Mei Sze yang menggesa anggota MPSJ tersebut memohon maaf kerana bertindak kasar melampau.

Michelle turut meminta MPSJ melatih anggota penguatkuasanya untuk menangani situasi tegang dan tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.
Quote Nes3in1 14-2-2020 09:03 PM
Jangan berlebih-lebihan... Sian jugak orang tua tu bukannya gagah sangat pun
Quote rayriff 14-2-2020 11:09 PM
kena bawak pepper spray tu. spray je mata uncle tua tak sedar diri menyusahkan orang parking merata, pastu nak serang orang.

sepatutnya penguatkuasa jangan kotorkan tangan tumbuk org tua tu, spray je kat mata, biar dia berguling.
Quote aciaco 15-2-2020 12:33 PM
[youtube]OcCIW4U72dE[/youtube]

kalau kene yang ini, ada berani taekwondo sama dia ?


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040212 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top