Viral di media sosi@l video seorang penguatkuasa memukul seorang lelaki warga emas kerana menyerangnya.
Dalam kejadian yang tidak diketahui masa dan lokasi itu, penguatkuasa terpaksa menunda kereta warga emas itu kerana diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Kredit foto: Facebook Adavadi Kaigalz
Berdasarkan video, anggota itu dipercayai memberi amaran kepadanya warga emas itu. Namun, warga emas itu terus memukul anggota itu dengan payungnya.
Penguatkuasa berkenan kemudiannya membalas balik dengan tumbukkan dan menjatuhkan warga emas tersebut.
Warga emas itu mengalami pendarahan di bahagian kepala.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera datang meleraikan kedua-dua pihak.
Video itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju dengan tindakan anggota terbabit.
Kredit foto: Facebook Adavadi Kaigalz
Mempertahankan diri dan bertindak balas di dalam situasi yang terdesak memang satu keperluan. Tapi kadangkala perlu ada pertimbangan sewajarnya jua.
pakcik tu mmg salah..tapi dia bkn lawan kau sampai nak kena hayun penumbuk kat muka.. dia hayun bahu kau je..tonyoh badan dahla.. bkn nak bekap sape2.tapi malu ler sampai kuat gitu dia g tibai org tua.. ni konpem jenis baran & kurang ajar..x pn fedup pakcik tu x nak hulur "kopi"..
makluk rasis = sokong pemukul orang tua, sebab dia cina
makluk beradab = sepatutnya pekerja itu bersabar dan mengelak dari tempat kejadian dan teruskan tunda kereta tersebut
makluk rasis = sokong pemukul orang tua, sebab dia cina
makluk beradab = sepatutnya pekerja itu bersabar dan mengelak dari tempat kejadian dan teruskan tunda kereta tersebut
bayangkan apabila orang tua tu tiba2 mati sebab strok.. tidak ke jadi kes bunuh?
sebab tu Allah dah cakap.. bila marah tu bersabar..
Post time 14-2-2020 03:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
br lg kes cikgu depress mgaruk kete kne tarik. netizen puji habes abg baju merah yg kne ludah tu. kekal tenang kne haruk. cuba la jd kan ikutan. kalau abam penguatkuasa tenang pasti dpt pujian.
Post time 14-2-2020 03:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pendapat aku plak...
Sure apek ni ada ckp maki2 sometg yg trigger kemarahan brother ni, dah la apek tu start dl, x kisah la dia tua ke ape, tp klu dia yg mulakan dl, ttp apek tu yg slh, brother tu plak mungkin da panas hati sgt dgn cuaca panas, lepas gak sebiji,
Mcm kes teksi oukul smpai mati baru ni, dah tua gak..... tp wpon da tua, bukan lesen tau nak maki hamun pukul org, kene tau benda ni,
Aku esok lusa tua gak, tp moga jauh la dr perangai2 camni
aduiiii tapi tak patut la dia tumbuk and jatuhkan uncle tu... sakit pinggang dia...
brader tu patut buat tak tau dgn uncle tu.
blah dan terus tarik kereta uncle. itu sahaja.
kalau dh tau awak tu hot tempered, jgn layan bneda mcm ni. blah shj.
MPSJ gantung tugas anggota pukul warga emas hingga rebah
SUBANG JAYA, 14 Feb — Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggantung tugas seorang anggota penguatkuasanya yang memukul seorang warga emas hingga rebah dan cedera.
Yang Dipertua MPSJ dalam satu kenyataan hari ini memberi jaminan untuk melakukan siasatan dalaman secara adil dan terperinci.
“Sekiranya orang ramai yang tidak berpuas hati atas sebarang tindakan penguatkuasaan yang dikenakan, mereka boleh mengemukakan aduan secara rasmi kepada pejabat MPSJ atau Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut,” kata Noraini Roslan.
Tular dalam insiden semalam, seorang anggota penguatkuasa sedang melakukan tugas menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas di kawasan komersil USJ 9.
Tidak berpuas hati kenderaan ditunda, pemilik kereta itu terlebih dahulu cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda sebelum memarahi dan memukul anggota MPSJ itu dengan payung.
Anggota penguatkuasa itu kemudian membalasnya dengan tumbukan sambil merebahkan lelaki warga emas itu sebelum ditenangkan orang awam.
Lelaki warga emas itu kelihatan cedera di bahagian kepala.
Hal itu mendapat teguran warga maya termasuk wakil rakyat kawasan itu, Michelle Ng Mei Sze yang menggesa anggota MPSJ tersebut memohon maaf kerana bertindak kasar melampau.
Michelle turut meminta MPSJ melatih anggota penguatkuasanya untuk menangani situasi tegang dan tidak mengulangi perkara sama pada masa akan datang.