Anda masih ingat beberapa kes bunuh diri yang melibatkan artis-artis di Korea Selatan terjadi pada tahun lepas? Banyak punca yang mendorong mereka membunuh diri, dan masalah tekanan dan juga depresi, menjadi antara punca utama. Di sebalik persembahan yang bertenaga, nyanyian yang merdu dan senyuman mereka yang tak pernah lekang, ada banyak sisi hitam yang kita tak pernah nampak terjadi pada artis-artis kesayangan kita ini. Kita akan tengok punca-punca yang menyebabkan artis kesayangan kita ambil tindakan sebegini.
Beban Latihan Yang Berlebihan Tiada kejayaan yang datang tanpa latihan, kan? Anak-anak muda yang ingin membuat debut sebagai artis Kpop akan digelar sebagai trainee, dan perlu menjalani banyak latihan intensif untuk mentapkan persembahan. Tak ubah seperti latihan tentera, latihan yang biasanya berjalan sehingga berbelas jam sehari. Tak terbatas kepada menyanyi dan tarian sahaja, bahkan kepada lakonan, modelling, latihan stamina dan latihan tindak balas. Khabarnya, ada trainee yang terpaksa menjalani latihan ini selama bertahun-tahun sebelum dapat membuat debut, tidak kira secara solo ataupun memasuki boy band/girl band.
Diet Ketat Yang Menyeksakan Kita tengok artis Kpop wanita ni rata-rata cantik kan? Tambah pula dengan bentuk badan yang mantap. Nampak betul artis kita pandai jaga badan. Siapa sangka, di sebalik semua itu, mereka amalkan diet yang sangat ketat. Kebiasaannya, pihak pengurusan yang akan menentukan jadual pemakanan mereka. Waktu untuk makan akan ditetapkan, dan apa yang dimakan juga ditentukan, termasuk pengambilan air kosong. Memetik sumber boombastis.com, sarapan mereka terhad kepada biskut rendah lemak, pisang, dan sayuran seperti salad. Makanan berat seperti ayam pula akan dimakan pada waktu malam. Semua ini untuk capai berat badan yang ditetapkan oleh pengurusan.
Kontrak Yang Melampau Dan Tiada Ruang Privasi Diet yang ketat, latihan yang ekstrem, ini semua terkandung dalam kontrak antara artis-artis ini dengan majikan mereka, yang dianggap melampau. Biasanya, perjanjian kontrak ini adalah untuk beberapa tahun, dan artis-artis ini perlu patuh dengan perjanjian dan syarat dalam kontrak. Syarat-syarat seperti tidak boleh memiliki teman istimewa dan latihan yang ketat, malah ada pengurusan yang memaksa mereka untuk tidak membatalkan kontrak, selain memeras ugut. Tambahan, mereka akan dikenakan penalti sekiranya membatalkan kontrak. Selain itu, ada sebuah kelompok peminat Kpop di sana yang digelar sebagai sasaeng. Peminat-peminat fanatik ini akan lakukan sebaik mungkin untuk mengambil tahu tentang artis mereka, sehingga ke hal-hal peribadi. Gangguan Seksual Untuk masuk ke dunia hiburan di Korea Selatan, bukanlah senang. Kerja keras dan dedikasi sahaja tak cukup, bahkan ada artis yang terpaksa korbankan tubuh mereka kepada orang-orang tertinggi agensi atau pengurusan. Soal siasat biasanya akan dijalankan apabila kes sebegini mula tersebar, tetapi akan lenyap begitu sahaja selepas itu.
Stigma Buruk Daripada Masyarakat di Korea Selatan Menjadi artis Kpop, pasti akan timbul tekanan daripada sekeliling. Tak kira daripada pengurusan, malahan daripada peminat-peminat sendiri. Ada artis yang ditekan apabila mengalami perubahan dari segi fizikal, seperti menjadi gemuk sedikit. Mungkin biasa bagi kita, tapi tabiat body shaming ini mampu membawa kepada gangguan panik dan depresi, sehingga artis itu boleh membunuh diri.- CARI |
Artemesiaa replied at 14-2-2020 04:50 AM
Pendeknya bukan mudah nak jadi kaya dan ternama ada banyak perkara disebalik semua tu. Tapi sebab s ...
buapakperut replied at 14-2-2020 06:01 AM
masa mula2 kenal kpop tahun 2010, terjebak classmates tengok vc run devil run, pastu family outing,p ...
husna_amal replied at 14-2-2020 08:45 AM
Artis2 kpop ni umpama hidup jadi bahan hiasan dunia. Sekadar alat.
Nes3in1 replied at 14-2-2020 01:38 PM
Orang korea utara lagi stress hidup. Bersyukurlah.
najib888 replied at 14-2-2020 06:30 PM
Rasanya tak dak beza pun dengan Hollywood.. Sistem hiburan korea selatan pun dah serupa hollyweird.. ...
PDOT777 replied at 15-2-2020 08:30 AM
mungkin yg beza sedikit bila cerita kt dunia hollywood ni senang terdedah....dunia Kpop ni cerita ...
Xim replied at 15-2-2020 09:28 AM
Dah byk kes mcm ni tp masih ramai yg hadap nk jd artis . So slh sape ?
gideoncross replied at 15-2-2020 03:15 PM
Kat YT iol dah tngok video new trainees yg ikut latihan nak jdi Kpop idols, rengsa tngok, pling wa ...
najib888 replied at 15-2-2020 02:30 AM
Rasanya tak dak beza pun dengan Hollywood.. Sistem hiburan korea selatan pun dah serupa hollyweird.. ...
Xim replied at 15-2-2020 03:18 PM
Lelaki je ke kena wat tu ? Kalau pmpuan alamak x leh imagine
komotthecat replied at 15-2-2020 01:11 AM
jadi trainee bertahun2 belum tentu boleh debut. bila dah debut kena bayar hutang kat agensi lagi. ke ...
ADVERTISEMENT