“Ketika kejadian saya baru sampai dan saya tidak tahu mereka sebenarnya sedang bergaduh." Itulah yang dikatakan oleh Imran, 40 yang menjadi saksi kejadian pergaduhan dua pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian 11 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas dipercayai dipukul rakannya akibat memotong barisan untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV). "Berdasarkan perbualan kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan. "Ketika itu saya baru tiba dan seorang pekerja pam minyak warga Bangladesh sedang menjaga pam berkenaan," kata saksi.
Dalam pada itu, pihak polis berkata mereka menerima panggilan berhubungan hal itu pada jam 11.30 pagi. "Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa bergelut dengan seorang lagi pemandu teksi berusia 65 tahun," kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon. Mayat kemudiannya Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk proses bedah siasat. "Suspek yang berusia 65 tahun dibawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut. Polis juga akan melakukan rakaman awal percakapan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian," katanya. - CARI
|
JoyahVegas replied at 11-2-2020 05:12 PM
dah tua2 pun x ada akai
ADVERTISEMENT