CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buat 'Konsert Percuma' Di Balkoni , "Bosan Kena Kuarantin Lama Agaknya.."

11-2-2020 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3435| Komen: 19

Menyanyi dan menghiburkan jiran dalam tempoh kuarantin, mungkin merupakan cara lelaki ini bagi menghilangkan rasa bosan dan juga stres.

Memetik laporan Daily Star, penghuni di Wenzhou yang menjadi salah satu lokasi yang dikuarantin oleh pihak berkuasa China itu, sering membuat persembahan di balkoni apartmennya.


Dia juga diberi jolokan nama Balcony Divo kerana tanpa jemu membuat persembahan semasa tempoh kuarantin itu.

Kredit foto: CGTN

Menerusi satu rakaman yang disiarkan di saluran berita CGTN, lelaki ini dilihat lengkap dengan set pembesar suara dan mikrofon.

Persis watak Giant dalam siri Doraemon yang gemar membuat konsert percuma, begitu juga dengan lelaki ini di alam nyata. 


Yang menariknya, penduduk di sekitar itu turut terhibur dan turut serta dalam 'konsert' tersebut dengan melambai-lambai menggunakan telefon bimbit mereka. 

Klip nyanyian lelaki ini juga dimuat naik di Youtuba sekaligus mendapat reaksi positif warganet. 

Mereka memujinya kerana cuba menceriakan suasana penduduk sekitar yang sedang dalam keadaan bimbang susulan wabak koronavirus. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-2-2020 02:00 PM
Sekurang2nya ilangkan stress dia..
Quote salmon-suki 11-2-2020 02:18 PM
Better drpd some y meludah merata2 dgn niat nak sebarkn virus utk org y tak kena..
Quote supernaturalee 11-2-2020 02:20 PM
haha2
nk join karoke jgk


teringat my fren zaman hostel dulu
gaduh2 dgn awek, die duk nyanyi lagu2 sedih kt koridor hostel
hostel laki ngadap hostel perempuan
asal ptg je, mula lah die
tp suara die blh lh dikatakan sedap
walawponnn

Quote zulka 11-2-2020 02:24 PM

oi..ko mengata aku eh...
dlu duk hostel selalu nyanyi kt balkoni
Quote supernaturalee 11-2-2020 02:28 PM
zulka replied at 11-2-2020 02:24 PM
oi..ko mengata aku eh...
dlu duk hostel selalu nyanyi kt balkoni

naa....abg zul jauh lbh senior dr sy
kwn sy ni sebaya

tp situasi tu korg mcm sama je lah
hehe

btw sedap ke suara bang zul
Quote husna_amal 11-2-2020 02:42 PM
teruskan lah menyanyi selagi tak ganggu penghuni yang lain
Quote Kurex 11-2-2020 03:08 PM
tengah kuarantin ni memang boleh layan, kalau tak kuarantin, memang kena baling dgn kuali
Quote Rainrein 11-2-2020 03:08 PM
Okla dia bagi hiburan sikit untuk ease the tension. Dia happy, orang keliling pun happy.
Quote MadameOnion 11-2-2020 03:11 PM
ummah prc ni kalau kurangkan sifat pengotor dan selfish aku boleh je nak kesian..bayangkan kalau kita kena camni..
Quote kucingitam 11-2-2020 03:36 PM
disamakan dgn giant dlm doremon tu yang kelakar..
Quote Artemesiaa 11-2-2020 03:41 PM
Kalau lagu yang menyenangkan pasti akan dapat sambutan, jiran pun tak marah sangat
Quote Supersirap 11-2-2020 03:45 PM
Ada hikmahnya mereka di kuarantin, dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama insan
Quote zulka 11-2-2020 04:06 PM
supernaturalee replied at 11-2-2020 02:28 PM
naa....abg zul jauh lbh senior dr sy
kwn sy ni sebaya

sedap tak sedapla..asal nyanyi je ujan...
Quote epuepy 11-2-2020 04:23 PM
Hahahahha. Punya la bosan kena kurung, smpi Amik mic gi melalak tepi balcony.  Kalo suara sedap, best la jugak melayan, tp kalo xsedap, mau berbakul2 jiran ko kutuk.

Dh la kena kurung, dpt plk jiran nyanyi x sedap. Mau mental. Silap ari bln jiran ko pakat terjun bangunan sbb stress
Quote buapakperut 11-2-2020 04:24 PM
ok lah tu. kesian kene kuarantin bosan giler. iols penah kuarantin sebab saspek h1n1, sejak dari itu iols kenal beautifulnara ... taraguna
Quote PintuKayu 11-2-2020 04:29 PM
sora sedap bolehlahhh
Quote crazybeach 11-2-2020 04:30 PM
giant tu nyanyi sumbang mambang syok sendiri jahh. siap paksa datang tengok lagi kalau tak nanti kena belasah
Quote Orix 11-2-2020 04:34 PM
dh ad perintah berkurung pun dia aman2 jah keluar tanpa topeng muka. kalau iols dpt perintah berkurung harussss keluar rumah jumpa org pun takmau apetah lg topeng muka harusss wajib melekap di muka 24/7
Quote any42 11-2-2020 04:55 PM
hahaha. teringat giant nk bt konsert semua pkat meremang xnk pegi tp lg seram klau xpegi nnti kna blasah.
mmat ni nsib org enjoy dgr ko nyanyi. hilang stress. klau mmbingit mcm giant depa hntar doraemon kluar ikot laci meja p ludah virus corona.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050268 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top