Sebuah rancangan televisyen di Korea bertajuk "Meeting You" telah menyiarkan sebuah episod yang amat menyentuh perasaan apabila mereka menggunakan teknologi realiti maya (VR) untuk menemukan semula seorang ibu dengan anaknya yang telah meninggal. Menurut Daily Mail, Nayeon, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui pada 2016. Dia telah 'dihidupkan semula' menggunakan teknologi alam maya untuk membantu meredakan kesedihan ibunya. Mereka telah bertemu semula dalam dunia digital maya, boleh bersentuhan menggunakan sarung tangan khas, bermain dan berbicara. Nayeon cuba meyakinkan ibunya yang dia sudah tidak merasa sakit lagi dalam dunia tersebut. Jang Ji-Sung, ibu kepada Nayeon memakai alatan virtual realiti Vive untuk memasuki dunia maya ke sebuah taman untuk 'betemu' anaknya yang berpakaian berwarna ungu.
Jang Ji-Sung pada awalnya berasa ragu untuk memegang tangan anaknya. Namun, apabila dia memberanikan diri, dia mula menangis termasuklah bapa kepada Nayeon, abang dan adiknya, serta para penonton ikut bersedih. Di penghujung pertemuan itu, Nayeon dilihat berbaring untuk tidur kerana kepenatan dan ibunya mengucapkan selamat tinggal padanya. Jang Ji-Sung yang memakai rantai berisi abu mayat Nayeon berkata bahawa dia melakukan dokumentari tersebut untuk membantu mereka yang pernah kehilangan insan tersayang sama sepertinya. Syarikat korea Munhwa Broadcasting Corporation ataupun lebih dikenali sebagai MBC telah sedaya upaya mereka rupa, fizikal dan suara Nayeon setepat yang boleh. - CARI |
mofisa replied at 12-2-2020 11:14 AM
Sedih memang sedih. Tapi Islam tak ajar gini.
ADVERTISEMENT