Gara-gara mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung, lelaki berusia 52 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat satu rumahnya. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di pekan Sungai Merah, di Sibu, petang semalam.
Menurut laporan, Rayul Galaw ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di kepala. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.56 petang. “Setibanya di tempat kejadian anggota bomba mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat satu rumahnya. “Mangsa dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung,” katanya. Tambahnya, mangsa masih tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Sibu. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 10-2-2020 01:46 PM
Knp lah jemur atas bumbung
dua_chzy replied at 10-2-2020 03:24 PM
Supaya anjing tak gi jilat.
insulin replied at 10-2-2020 07:07 PM
Terfikir juga.... Gagak memang tak makan ikan masin ke?
ADVERTISEMENT