CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tun Dr. Mahathir vs Trump: Netizen Malaysia Bahan Kedutaan AS Di Kuala Lumpur

10-2-2020 01:57 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6380| Komen: 39|Original author: Tukang Tulis

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Donal Trump. Kredit foto: Facebook

Pada 8 Februari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletakkan jawatan setelah pelan damai yang ditaja negaranya ditolak oleh Palestin dan sekutunya.

Keesokannya, Kedutaan AS di Kuala Lumpur menyiarkan kenyataan dalam laman Twitter rasminya bagi menyuarakan kekesalan terhadap nasihat Dr. Mahathir itu.

Kredit foto: Twitter
Menurut kenyataan tersebut, komen Perdana Menteri itu tidak selari dengan semangat dialog konstruktif yang menjadi asas hubungan AS dan Malaysia selama ini.


"Sepanjang sejarah Malaysia, kerjasama AS-Malaysia telah menghasilkan perkara-perkara penting di peringkat serantau dan global di mana kita telah bekerjasama dalam isu-isu seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar," jelas kenyataan itu.

Rejim Zionis Israel yang merupakan sekutu paling rapat AS di Asia Barat melakukan kezaliman dan menindas rakyat Palestin. Kredit foto: The Palestinian Information Center
Walau bagaimanapun, sebahagian besar netizen dari Malaysia mengecam kenyataan Kedutaan AS di Kuala Lumpur itu dan mempertahankan tindakan Dr. Mahathir yang berbuat demikian atas kepentingan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel dengan sokongan AS yang menjadi sekutunya.

Seorang netizen menyatakan bahawa pandangan Dr. Mahathir itu adalah satu fakta dan manifestasi kebebasan bersuara.

"Kami menyokong hak asasi manusia termasuk hak untuk kedaulatan. AS gagal menghentikan penaklukan oleh Israel. Malulah sikit!" katanya.

Kredit foto: Twitter
Ada juga netizen yang memulangkan paku buah keras dengan menyindir AS yang seolah-olah gembira apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Tidak perlu kecewa dengan rakan anda," katanya.

Kredit foto: Twitter
Malah, seorang netizen dipercayai dari AS turut menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir.

"Ke hadapan @chedetofficial. Rakyat Amerika bersama anda," katanya.

Kredit foto: Twitter
Nampaknya, AS goyang juga dengan nasihat Dr. Mahathir terhadap Trump itu sehingga menyebabkan kedutaannya di Kuala Lumpur terpaksa menyiarkan kenyataan secara terbuka dalam media sosial.  - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-2-2020 02:15 PM
penyelamat dunia - anak muda
Quote AbukRokok 10-2-2020 02:16 PM
"Ke hadapan @chedetofficial. Rakyat Amerika bersama anda," katanya.


rakyat malaysia bersama clinton dan Obama dan para snowflakes
trump dah survive impecahment... trump will reelected for sure unless democrazy punya calon bernie sanders
Quote kucingitam 10-2-2020 02:27 PM
smlm tgk back to the future part II , tgk muka BIFF masa jadik pak tiri marty mcfly, sebijik mcm trump..
Quote Ina8895 10-2-2020 02:31 PM
kucingitam: smlm tgk back to the future part II , tgk muka BIFF masa jadik pak tiri marty mcfly, sebijik mcm trump..


Comel la trump
Quote husna_amal 10-2-2020 02:40 PM
Tun ni antara orang yang berani kecam Trump. Keduataan amerika ni gelabah la , kecam-mengecam ni dah jadi budaya orang Malaysia tahu tak.
Quote Ina8895 10-2-2020 02:41 PM
husna_amal: Tun ni antara orang yang berani kecam Trump. Keduataan amerika ni gelabah la , kecam-mengecam ni dah jadi budaya orang Malaysia tahu tak.


Geng penjilat yahudi je yang sokong us
Quote sarah82 10-2-2020 02:42 PM
AbukRokok replied at 10-2-2020 02:16 PM
rakyat malaysia bersama clinton dan Obama dan para snowflakes
trump dah survive impecahment... ...

Aku prefer Bernie sanders lagi
Quote dino 10-2-2020 02:53 PM
Ina8895 replied at 10-2-2020 02:41 PM
Geng penjilat yahudi je yang sokong us

org tua tu nak jd jaguh kg je kekonon anti yahudi la..

nak sokongan org melayu gitulah cara die.. dah basi
Quote dewimalam78 10-2-2020 02:59 PM
Tindakan tun yg berani ini mengingatkan ai kata2 seorg alim...dlm ‘visual’ nya tun akan meninggal dunia kerana dotdotdot.

Tak berani cakap.
Quote Dwdrum 10-2-2020 03:02 PM
akan vote trump....pakcik sanders sudah tua takut nanti ada penyakit di panggil 'nyanyuk' contoh sudah ada di satu negara netizen panggil pm nyanyuk ...but akan sokong pete buttigieg untuk democrat ....lobai akan sokong asal kan bukan trump....mungkin tiada langsung solat hajat seperti last time ...LOOOOOOOL....
Quote Ina8895 10-2-2020 03:24 PM
dewimalam78: Tindakan tun yg berani ini mengingatkan ai kata2 seorg alim...dlm ‘visual’ nya tun akan meninggal dunia kerana dotdotdot.Tak berani cakap.


Sapa yang cakap tu? Ayah pin ke?
Quote Ina8895 10-2-2020 03:24 PM
Dwdrum: akan vote trump....pakcik sanders sudah tua takut nanti ada penyakit di panggil 'nyanyuk' contoh sudah ada di satu negara netizen panggil pm nyanyuk . ...


Kau ni orang amerika ke?
Quote Dwdrum 10-2-2020 03:38 PM
Ina8895 replied at 9-2-2020 11:24 PM
Kau ni orang amerika ke?

us passport holder....
Quote harisbee 10-2-2020 03:39 PM
Dwdrum replied at 10-2-2020 03:38 PM
us passport holder....

Kawin negro lewtu
Quote ra5101 10-2-2020 03:47 PM
Teringat zaman PM4, PM waktu tu suka kutuk bush n Clinton. Mai kat PM7, bawa balik perangai lama.
Quote diggerr 10-2-2020 03:59 PM
Quote Dwdrum 10-2-2020 04:08 PM
harisbee replied at 9-2-2020 11:39 PM
Kawin negro lewtu

kisah betul lobai i kahwin dengan siapa ..LOL
Quote Dwdrum 10-2-2020 04:08 PM
harisbee replied at 9-2-2020 11:39 PM
Kawin negro lewtu

kisah betul lobai i kahwin dengan siapa ..LOL
Quote Simunggu 10-2-2020 05:10 PM
Tun ini kadang kadang aku suka pendiriannya tapi caranya tu pun bahaya...suka sangat bergaduh dgn kuasa besar....mcm tambirang bah org sabah cakap...bodoh juga tu..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.045401 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top