 Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Donal Trump. Kredit foto: Facebook
Pada 8 Februari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meletakkan jawatan setelah pelan damai yang ditaja negaranya ditolak oleh Palestin dan sekutunya.
Keesokannya, Kedutaan AS di Kuala Lumpur menyiarkan kenyataan dalam laman Twitter rasminya bagi menyuarakan kekesalan terhadap nasihat Dr. Mahathir itu.
 Kredit foto: Twitter
Menurut kenyataan tersebut, komen Perdana Menteri itu tidak selari dengan semangat dialog konstruktif yang menjadi asas hubungan AS dan Malaysia selama ini.
"Sepanjang sejarah Malaysia, kerjasama AS-Malaysia telah menghasilkan perkara-perkara penting di peringkat serantau dan global di mana kita telah bekerjasama dalam isu-isu seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan, kesihatan awam dan alam sekitar," jelas kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar netizen dari Malaysia mengecam kenyataan Kedutaan AS di Kuala Lumpur itu dan mempertahankan tindakan Dr. Mahathir yang berbuat demikian atas kepentingan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis Israel dengan sokongan AS yang menjadi sekutunya.
Seorang netizen menyatakan bahawa pandangan Dr. Mahathir itu adalah satu fakta dan manifestasi kebebasan bersuara.
"Kami menyokong hak asasi manusia termasuk hak untuk kedaulatan. AS gagal menghentikan penaklukan oleh Israel. Malulah sikit!" katanya.
 Kredit foto: Twitter
Ada juga netizen yang memulangkan paku buah keras dengan menyindir AS yang seolah-olah gembira apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Tidak perlu kecewa dengan rakan anda," katanya.
 Kredit foto: Twitter
Malah, seorang netizen dipercayai dari AS turut menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir.
"Ke hadapan @chedetofficial. Rakyat Amerika bersama anda," katanya.
 Kredit foto: Twitter
Nampaknya, AS goyang juga dengan nasihat Dr. Mahathir terhadap Trump itu sehingga menyebabkan kedutaannya di Kuala Lumpur terpaksa menyiarkan kenyataan secara terbuka dalam media sosial. - CARI |