CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Tau Nak Gelak Atau Kasihan, Dah Tergolek Kerana Terlalu Leka Dengan Gajet

12-2-2020 11:07 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6239| Komen: 21|Original author: Oleh: rikuren



Penggunaan telefon pintar yang tidak terkawal sememangnya sangat memudaratkan.

Ini terbukti dengan tularnya video seorang wanita yang kepalanya terhantuk di palang penghadang laluan elektronik di negara jiran, Singapura.



Dalam video itu, ketara sekali  wanita tersebut terlalu leka dengan telefon pintar di tangannya sehinggakan tidak ambil peduli keadaan sekeliling. 

Tingkah lakunya itu menyebabkan beliau terkena hentakan palang di situ. Kasihan juga melihat dia tergolek di hadapan kereta begitu sekali.




Malah, sebelum itu beliau kelihatan agak cuai ketika melintas jalan dan seakan-akan tidak waspada akan kereta yang sedang meluru kearahnya.




Video ini mendapat pelbagai reaksi warga maya. Malah, pujian turut diberikan pada pemandu kenderaan yang sangat berhati-hati ketika memandu.


Apabila terlalu fokus pada telefon berbanding dengan keselamatan diri sendiri...




Budak-budak zaman sekarang...




Kredit foto: Singapore Road Accident

Peringatan kepada semua, tengok-tengoklah ke hadapan ketika berjalan, terutamanya sewaktu melintas jalan. Keselamatan dan nyawa anda tiada galang gantinya! - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • mcfazo

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kimie2204


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-2-2020 11:20 AM
Kalau berlaku depan mata iols mmg terus x leh fokus nk drive.. berdekah
Quote firdAwAni 12-2-2020 11:33 AM
Sakit tu.. Tp, cm dah besa buat ni.. Elok le kna skali. Msti serik dh kn. Hihi
Quote husna_amal 12-2-2020 11:42 AM
Biasanya driver yang selalu leka dengan handphone masa tengah drive. Harap2 lepas ni kita semua jangan lah leka sb boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Quote Kurex 12-2-2020 11:43 AM
pernah nampak.. dia langgar cermin.... hahahaha habis merah muka dia
Quote ahlisihircute 12-2-2020 11:47 AM
Nak gelak Ada....kesian pon ada
Quote prettyuglybabe 12-2-2020 11:51 AM
selayaknya la kena gelak..
dari awal tak alert nak melintas..
nasib kena palang..
kalau kereta yang langgar, sure disalahkan kereta tak nampak dia..
Quote bloodyamuk 12-2-2020 11:53 AM
sakit tu kena palang...
Quote Cassieopeia 12-2-2020 12:29 PM
sakit tu tapi kalau aku malu lebih dari sakit kot haha
Quote cikatilia 12-2-2020 12:49 PM
amek kau
benjol tuhh
Quote addved 12-2-2020 01:00 PM
Bodoh piang, merbahayakan diri sendir dan orang lain.
Quote esbok 12-2-2020 01:58 PM
Yang sibuk tgk phone sambil cross jalan mmg banyak. Kome tu jalan kaki, korang la kene careful kalau ada pemandu yang careless. Ini ala balai je cross jalan, mmg tempah maut betul
Quote MadameOnion 12-2-2020 02:18 PM
Lebih rasa malu dari rasa sakit..sakit dtg kendian..lebih nak cover malu...tu kalau aku la
Quote RumiMenari 12-2-2020 02:30 PM
Harap otak tak senget la lps ni..
Quote any42 12-2-2020 03:36 PM
dr awl vid lg mmg pompuan ni jnis jln mnonong xpndang keliling. kwn i ad jnis cemerkap mcm ni. dlm sbulan 3,4 kli jatuh. klau jln dgn dia dah la dia pmalu xbyk ckp diam je jln smbil bkhayal ke ntah la pastu bjln straight xalert kliling tgk2 dah cium tar.
Quote Artemesiaa 12-2-2020 03:42 PM
Mendapat sudah jenis jalan tak pandang keiling hanyut dalam dunia social medianya saja.
Quote Qatrunnadaain 12-2-2020 04:30 PM
Video tu mana?
Quote julielapadite 12-2-2020 05:34 PM
Kurex: pernah nampak.. dia langgar cermin.... hahahaha habis merah muka dia


Masa tu ko bawa lori ke. Aku la tu. langgar cermin tepi lori sbb sibuk nak nyembang dgn member jalan kat belakang.
Quote Nes3in1 12-2-2020 06:48 PM
Kasihan.        
Quote jazaa100 12-2-2020 06:56 PM
Terkangkang kauuu.....

Ramai je yg sambil melintas tgok phone...mcm bisnes berjuta juta....dlm lrt pun mcm tu...klu duduk tu x pe lah..ni sambil berdiri..terhuyung hayang....

Ada tu aku tgok sblm masuk lift sibuk dgn phone...bila aku jeling tgok apa yg di hadapkn sgt....tgok fb je rupanya....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071507 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top