Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru sahaja melabuhkan tirai dan Naim Daniel berjaya merangkul anugerah juara dengan lagu Sumpah yang dibawanya. Namun, ada perkara lain yang menjadi perhatian untuk AJL edisi kali ini, tidak lain tidak bukan adalah persembahan Hafiz Suip.
Tidak dinafikan, lagu Kisah Cinta Kita memang indah dari aspek lirik dan melodinya. Ditambah pula dinyanyi oleh penyanyi yang bersuara lunak, Hafiz Suip. Semalam, Hafiz membuat kejutan dengan menyanyikan lagu indah ini untuk isterinya yang sedang hamil. "Kan ku cerita pada dunia, yang kau telah pun menjadi milikku buat selamanya" Bibit indah lirik itu dinyanyikan Hafiz sambil mencium tangan isterinya. Saat indah ini membuatkan seluruh penonton di stadium mahupun di rumah tersentuh dengan persembahannya yang begitu manis dan menyentuh hati. Tidak mengejutkan, persembahan Hafiz dengan lagu Kisah Cita Kita berjaya merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal terbaik, mengalahkan Ernie Zakri yang menjadi pilihan peminat. Buat anda yang masih tidak mempunyai pasangan, jangan rasa sendu pula dengan persembahan ini! - CARI Video penuh: |
tipah89 replied at 10-2-2020 10:54 AM
ok sweet tu sweet la..vokal xdinafikan dia mmg power. tapi persembahan terbaik? hazama deserve bette ...
bondeh replied at 10-2-2020 11:07 AM
yessss.... lagu Hazama tuh sedih lirik dia...Tam kannn yg buat...
tipah89 replied at 10-2-2020 11:31 AM
Ha a.. persembahan pun best, dia bawak jungle naik ataih pentas, cool ehhh.. pastu nyanyi rilek si ...
ADVERTISEMENT