Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru sahaja melabuhkan tirai dan Naim Daniel berjaya merangkul anugerah juara dengan lagu Sumpah yang dibawanya.
Namun, ada perkara lain yang menjadi perhatian untuk AJL edisi kali ini, tidak lain tidak bukan adalah persembahan Hafiz Suip.
Tidak dinafikan, lagu Kisah Cinta Kita memang indah dari aspek lirik dan melodinya. Ditambah pula dinyanyi oleh penyanyi yang bersuara lunak, Hafiz Suip. Semalam, Hafiz membuat kejutan dengan menyanyikan lagu indah ini untuk isterinya yang sedang hamil.
"Kan ku cerita pada dunia, yang kau telah pun menjadi milikku buat selamanya"
Twitter
Bibit indah lirik itu dinyanyikan Hafiz sambil mencium tangan isterinya. Saat indah ini membuatkan seluruh penonton di stadium mahupun di rumah tersentuh dengan persembahannya yang begitu manis dan menyentuh hati.
Tidak mengejutkan, persembahan Hafiz dengan lagu Kisah Cita Kita berjaya merangkul dua anugerah iaitu Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Vokal terbaik, mengalahkan Ernie Zakri yang menjadi pilihan peminat.
Buat anda yang masih tidak mempunyai pasangan, jangan rasa sendu pula dengan persembahan ini! - CARI
Post time 10-2-2020 11:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg sweet lah... Lagu tu honest n simple. Yang lain tu props bersepah atas stage, semak n suara penyanyi terjerit2. Pening aku tgk siap ada planet, bulan, hantu, bunuh diri lah... ntah apa2 benda yg keluar...
Post time 10-2-2020 11:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbb hapis mmg la sweeeet, dah laki bini cool2 saja, takde apa kontroversi
Cer tajul dgn bini rempit acah blonde feeling laki mega star semua akaun media sosial laki dia nak control tu yg buat persembahan gitu
Habih tadah baldi kut korang muntahhhhh...ehhh mcm ko sorang ada binik...blah lah