CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letih Mengemas, Wanita Tampal Duit Pada Sampah Untuk Uji Anak Dan Suami..

7-2-2020 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4102| Komen: 6

Seorang wanita yang bergelar ibu melakukan eksperiman untuk ahli keluarganya selepas berasa terlalu letih mengemas rumah.

Memetik laporan Metro UK, wanita dari Australia itu menampal wang pada beberapa sampah di rumahnya dengan nota 'siapa jumpa dia punya'.


Perkara itu dilakukan untuk melihat sama ada ahli keluarganya akan mengutip sampah itu atau sebaliknya.

Namun begitu, selepas enam hari berlalu, sampah itu masih juga tidak terusik.

Kredit foto: Facebook/ Metro UK

Wanita ini berkongsi kisah tersebut di Facebook dan berkata,

"Perlu buat sesuatu untuk beri inspirasi kepada anak-anak dan suami membersihkan rumah? Jelas sekali cara ini belum berfungsi di sini, mungkin satu hari nanti.


"Buat masa ini, saya akan terus meningkatkan hadiah wang itu."

Foto: Facebook
Ramai di kalangan warganet yang memuji tindakan wanita ini. Namun ada juga yang berkata, ahli keluarga mereka belum tentu mahu mengutip sampah itu walaupun ada duit diletakkan.

"Sampah tu akan mereput di rumah saya, tiada siapa yang akan kutip walaupun ia menyelamatkan nyawa mereka," kata seorang warganet. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 8-2-2020 05:10 PM
mungkin kalau dorang kutip pun, roll tu campak balik kat lantai. amik fulus aje. patutnye acik wat sistem kredit debit je, ujung bulan dapat le duit kalau kutip
Quote biozipstar 8-2-2020 10:18 PM
kalau x perasan ada duit. kesian masuk tong shampah.
Quote Artemesiaa 9-2-2020 12:32 PM
Kalau dah jenis malas tu umpan macam mana pun mana nak diikutnya.  Selalu kalau ke macam ni teguran dari orang yang bukan duduk bersama lebih berkesan.
Quote husna_amal 10-2-2020 09:55 AM
ahli keluarga malas tahap gaban. duduk rumah sama2 bantu kemas sama2 lah.
Quote shark_eow7 11-2-2020 11:51 AM
ni kalau org gaji ada pon, mau dia lari..
Quote supernaturalee 16-2-2020 02:23 AM
Cute but useless

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029600 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top