Seorang wanita yang bergelar ibu melakukan eksperiman untuk ahli keluarganya selepas berasa terlalu letih mengemas rumah.
Memetik laporan Metro UK, wanita dari Australia itu menampal wang pada beberapa sampah di rumahnya dengan nota 'siapa jumpa dia punya'.
Perkara itu dilakukan untuk melihat sama ada ahli keluarganya akan mengutip sampah itu atau sebaliknya.
Namun begitu, selepas enam hari berlalu, sampah itu masih juga tidak terusik.
Kredit foto: Facebook/ Metro UK
Wanita ini berkongsi kisah tersebut di Facebook dan berkata,
"erlu buat sesuatu untuk beri inspirasi kepada anak-anak dan suami membersihkan rumah? Jelas sekali cara ini belum berfungsi di sini, mungkin satu hari nanti.
"Buat masa ini, saya akan terus meningkatkan hadiah wang itu."
Foto: Facebook
Ramai di kalangan warganet yang memuji tindakan wanita ini. Namun ada juga yang berkata, ahli keluarga mereka belum tentu mahu mengutip sampah itu walaupun ada duit diletakkan.
"Sampah tu akan mereput di rumah saya, tiada siapa yang akan kutip walaupun ia menyelamatkan nyawa mereka," kata seorang warganet.
Apa pula pendapat anda? - CARI |