Bakat orang Malaysia dalam bidang masakan bukan calang-calang pastinya. Terbaru, seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Astro Awani melaporkan Siti Safura Mohd Tawil merangkul gelaran juara dalam pertandingan kemas masakan Asia-India menerusi pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020. Lebih menarik, menu yang dihidangkan merupakan makanan identiti Malaysia iaitu Nasi Lemak yang ditambah bunga telang. Loading FB Post...
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga. “Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” katanya. Warganet turut berasa teruja dan mengucapkan tahniah atas kejayaan wanita ini mengangkat hidangan tradisional Malaysia. Syabas! - CARI
|
pinklepie replied at 6-2-2020 06:14 PM
Kenapa tak nampak macam nasi lemak pun? Nampak nasi kerabu.
harisbee replied at 6-2-2020 06:53 PM
Nak kata nasik kerabu..x de sambal kelapa..nak kata nasik lemak x de timun..ada keropok lg..confuze
nfaaa: nasi lemak ke nasi kerabu?
ADVERTISEMENT