Bakat orang Malaysia dalam bidang masakan bukan calang-calang pastinya. Terbaru, seorang chef negara ini berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Astro Awani melaporkan Siti Safura Mohd Tawil merangkul gelaran juara dalam pertandingan kemas masakan Asia-India menerusi pertandingan Kulinari Chef Ireland 2020.
Kredit foto: Astro Awani
Lebih menarik, menu yang dihidangkan merupakan makanan identiti Malaysia iaitu Nasi Lemak yang ditambah bunga telang.
“Terima kasih Duta Besar Malaysia TYT Encik Zakaria Nasir dan isteri Puan Junainah untuk sokongan yang tidak terhingga.
“Juga terima kasih kepada Chef Boy, Chef Fauzan, Dr. Esa dan Tuan Razman untuk nasihat dan pandangan. Sangat dihargai,” katanya.
Warganet turut berasa teruja dan mengucapkan tahniah atas kejayaan wanita ini mengangkat hidangan tradisional Malaysia. Syabas! - CARI
Post time 6-2-2020 06:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pinklepie replied at 6-2-2020 06:14 PM
Kenapa tak nampak macam nasi lemak pun? Nampak nasi kerabu.
Identiti malaysia kak katanyalah. Tak taulah kalau chinese indon yg control media kat sana nak bakar semangat pancasial supaya rakyat sana run amok dan claim nasi warna biru ni asal indon gak mmg i rest my case la. Habis kedubes malon nanti dibaling tinja
Post time 6-2-2020 08:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nfaaa: nasi lemak ke nasi kerabu?
i pun ingat ns kerabu tp tu mcm rendang ayam..maybe nasi lemak biru.mcm kt pantai timur ade nasi lemak pandan mmg kaler hijau.....nampak syidap dia wat
Post time 6-2-2020 08:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Takde sambal timun kacang ikan bilis bagai. Tak nmpk mcm nasi lemak pon? Apa pon, bila nengok dia happy amik hadiah sambil kibar bendera Malaysia, terus terikut senyum sama. Good job!
Post time 6-2-2020 09:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by pinklepie at 6-2-2020 01:22 PM
Hilang terus identiti nasi lemak. Nanti orang luar ingat nasi lemak ada keropok, rendang dan sayur. Padahal nasi lemak tu wajib ada paling kurang sambal tumis tak kira la kuah pekat atau cair, lauk ikut selera pembeli ikan, ikan bilis, udang, sotong atau pun ayam, daging dan paru. Telur tebus, timun dan kacang tu aksesori nasi lemak. Nasi lemak yg sedap kalau guna santan ori, daun pandan yg menaikkan bau nasi lemak dan dibungkus dalam daun pisang. Keenakan nasi lemak terletak pada sambal dan nasi yg sedap. Perhhh nikmatnya terutama nasi yg baru ditanak dan berasap-asap tu
Btw baru tahu org Melaka makan nasi lemak sambal dia letak kangkung dan telur rebus. Takda ikan bilis ke apa. Tapi taktau la sesetengah tempat atau satu negeri makan nasi lemak mcm tu
more to nasi kerabu... tapi iolss yakin sedap...
lagipun bunga telang tu keunikan kita... bukan bubuh pewarna tiruan yach... ataupun pewarna dari kumbang...