Seorang pesakit kanser yang memerlukan rawatan dan pembedahan segera dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan kerana didapati mencuri barangan runcit di Pennsylvania.
Namun, dalam pada itu, doktor mengesahkan Ashley Menser turut mempunyai masa sebulan sahaja untuk hidup susulan penyakit yang dialaminya. Wanita berusia 36 tahun itu dilaporkan mempunyai penyakit kanser ovari, petik laporan Daily Star. Kisah hukuman terhadap pesakit ini menarik perhatian ramai pihak kerana dianggap sebagai keterlaluan. Dalam pada itu, keluarga wanita itu turut membuat rayuan kerana mendakwa Menser perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera.
Menurut ibunya Stephanie Basharoe, doktor memberitahu tanpa melakukan rawatan itu, anaknya akan meninggal dunia dalam masa sebulan. "Dia tiada pilihan, sama ada hidup atau mati. Doktor yang memberitahu kami," katanya. Untuk rekod, Menser mempunyai sejarah silam menyalahgunakan dadah dan pertama kali didiagnos mengidap kanser ovari pada 2011. - CARI |
Ladybird910 replied at 5-2-2020 03:17 PM
Iols slalu tpikir..cmne ye doktor blh bg anggaran masa utk satu2 pesakit tu hidup bpe bulan etc..mcm ...
zorrro_03 replied at 6-2-2020 12:12 AM
anggaran. depa baca kadar kecepatan jangkitan / kerosakan. dan forecast akan menunjukkan jangkaan ...
Ladybird910 replied at 6-2-2020 09:08 AM
Ahaha...Korg sages rawatan alternative tu utk penyakit yg lain ke cmne
so now ape cer dgn acc ...
ADVERTISEMENT