View: 2972|Reply: 24
|
Pesakit Kanser Dipenjara 10 Bulan Tapi Doktor Sahkan Boleh Hidup Sebulan Lagi..
[Copy link]
|
|
Seorang pesakit kanser yang memerlukan rawatan dan pembedahan segera dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan kerana didapati mencuri barangan runcit di Pennsylvania.
Namun, dalam pada itu, doktor mengesahkan Ashley Menser turut mempunyai masa sebulan sahaja untuk hidup susulan penyakit yang dialaminya.
Wanita berusia 36 tahun itu dilaporkan mempunyai penyakit kanser ovari, petik laporan Daily Star.
Kredit foto: New York Post
Kisah hukuman terhadap pesakit ini menarik perhatian ramai pihak kerana dianggap sebagai keterlaluan.
Dalam pada itu, keluarga wanita itu turut membuat rayuan kerana mendakwa Menser perlu menjalani pembedahan dengan kadar segera.
Menurut ibunya Stephanie Basharoe, doktor memberitahu tanpa melakukan rawatan itu, anaknya akan meninggal dunia dalam masa sebulan.
"Dia tiada pilihan, sama ada hidup atau mati. Doktor yang memberitahu kami," katanya.
Untuk rekod, Menser mempunyai sejarah silam menyalahgunakan dadah dan pertama kali didiagnos mengidap kanser ovari pada 2011. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haaa sudah.. macam mana nak buat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols slalu tpikir..cmne ye doktor blh bg anggaran masa utk satu2 pesakit tu hidup bpe bulan etc..mcm impressed kjp.pepun cantik la sis yg kne kanser ni..moga hukuman dpt ditangguhkn mcm kes parit kamil.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Antara teruskan hukuman atau isu kemanusiaan |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia mahu di penjara sebab perlukan perhatian atau bantuan orang ramai untuk rawatan kanser dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangguhkan lah hukuman. Takde ke aktivis yg tolong dia nie? |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia... moga di permudahkan urusan..
mungkin dia stress |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm..semua orang berhak dapatkan rawatan jika sakit.plus kesalahan sheolls bukan besar dan bahaya.bagi can la she spend masa yang ada dengan families.kalau she dah jalani operation dan kembali stabil sambung la balik hukuman tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia masuk penjara pun, jabatan penjara kena sediakan kemudahan kesihatan yang secukupnya pada dia. Kat hospital nanti ada le polis kena jaga keselamatan dia dan untuk elak dia lari.. |
|
|
|
|
|
|
|
hak asasi dan kemanusiaan kena jaga juga |
|
|
|
|
|
|
|
Tangguh la hukuman. X pn mansuh terus. X pn bersyarat ke.Bagy la peluang akak ni nk bebas ngn family dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tangguhkan la... orangnya pun dah nak pergi dah pun dik...
tak payah la rawat... biar la dia ala2 the fault in our stars... nanti dia jumpa la mana2 jejan dan bercinta... alih2 dua2 mati |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la diorg nk dia mati dlm penjarakan.. org tu dah kronikla kot dah doc pun bg sbln je |
|
|
|
|
|
|
|
anggaran. depa baca kadar kecepatan jangkitan / kerosakan. dan forecast akan menunjukkan jangkaan tersebut. sebab tu kita dapati banyak juga jangkaan ini tersasar. bergantung kepada keadaan. cuma kita boleh kata, jangkaan ini sebagai panduan utk melakukan langkah seterusnya.
ada satu akauntan ni, dah beberapa kali rujuk pakar ijn utk ubahsuai jantung dia. doc jangka dia akan tamat dalam 1 tahun. dia ada masalah kesihatan lain juga yang menghalang prosedur dilakukan terhadap beliau. then kami kawan2 syor lah ke dia supaya buat rawatan alternatif juga selain rujuk kpd pakar. ayat pedas dia 'jantung sumbat mana jalan dengan doa dan solat hajat'. hawau sungguh.
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 6-2-2020 12:12 AM
anggaran. depa baca kadar kecepatan jangkitan / kerosakan. dan forecast akan menunjukkan jangkaan ...
Ahaha...Korg sages rawatan alternative tu utk penyakit yg lain ke cmne
so now ape cer dgn accountant tu? Btw tq for sharing info ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum je ikut kesalahan.. sbb doc bukan tuhan.. tu anggaran je tempoh dia boleh hidup.. banduan tak dinafikan hak utk dptkan rawatan kan.. kl warded dikawal polis, gari kt katil ke ape ke.. rekod lampau pun kemain lagi, asal nk ke mahkamah je sakit, asal nk ke mahkamah je sakit.. eh...
|
|
|
|
|
|
|
|
doc bukan Tuhan tp kdg2 jangkaan dia org betul pulak
mcm baru seminggu lepas 27 Jan, tiba2 kakak aku masuk siptal..
doc sahkan kena jangkitan kuman yg teruk
semua organ rosak, xde harapan tuk sembuh
keesokan harinya dia ninggal
nasib baik la aku sempat jugak jumpa dia, kelam kabut aku balik kpg dr KL ni
sepjg perjlanan 2 kali dia call aku, tnya balik ke tak, kenapa lambat sgt smpai,
dia ckp cuma tunggu aku jerk
sepjg jln la aku teruk
smpai kpg tengahari, sempat jugak dia pandang aku sekejap, tu pun mcam x larat sgt dah
tu pun aku yg mintak dia buka mata tengok aku, sbb dia nk sgt jumpa aku
ada la dlm 5 minit dia sedar, pastu terus x sedar smpai la dia ninggal
pasni aku xde lg tempat nak blik kpg
|
|
|
|
|
|
|
|
kita dah explain awal2 benda2 penyakit ni sembuh antara lain nya melalui kekuatan dalaman. semangat dan keinginan utk terus hidup. apa pun lantak laaa. skg ni hidup lagi. makan pun makin best je aku tgk. tu dah bunyi nak start katok bola semula. aduyai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|