Tidak tahan dihina kerana gemuk, lelaki bertindak di luar batasan dengan membunuh rakan sekerjanya di sebuah ladang kelapa. Asia One melaporkan, Ali Heri Sanjaya, 27, dikatakan terasa hati kerana sering diejek gemuk oleh mangsa, Rosidah, 18.
Menurut media tempatan, mayat mangsa ditemui di sebuah kampung di Banyuwangi, Jawa, Indonesia. Ali dan Rosidah dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain memandangkan mereka tinggal di kejiranan sama dan bekerja di sebuah restoran sama. Pada 24 Januari, keluarga mangsa membuat laporan polis selepas curiga apabila Rosidah tidak pulang ke rumah. Bagaimanapun, keesokannya mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung, tidak jauh dari tempat motosikal dan topi keledarnya ditemui. Menurut Ketua Polis Banyuwangi Arman Asmara Syarifuddin, suspek merancang pembunuhan itu seminggu sebelum kejadian.
Rosidah didakwa membuli Ali dengan mengejeknya gemuk dan membandingkannya dengan ahli sumo di hadapan orang lain menyebabkan suspek terasa hati. Pada hari kejadian, Ali meminta ditumpangkan mangsa untuk pulang ke rumah. Setibanya di ladang kelapa berkenaan, suspek menyuruh wanita itu memberhentikan motosikalnya sebelum mencekik mangsa. Lelaki itu kemudian menyimbah petrol ke tubuh mangsa sebelum membakarnya. Tidak cukup dengan itu, suspek menjual motor dan telefon bimbit mangsa pada harga 5,250,000 rupiah (RM1,577) untuk melangsaikan hutangnya. Dia kemudian bersembunyi di sebuah hotel sebelum berjaya ditahan polis. Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Sodik meluahkan rasa syukur atas penangkapan Ali dan meminta polis mengenakan hukuman berat terhadapnya. "Penjahat hina ini layak dijatuhi hukuman mati," katanya. - CARI
|
RumiMenari replied at 5-2-2020 01:07 PM
Ni yg karam sigh walia ckp "rumah terbakar nampak apinya, hati terbakar siapa yg tau"...
Dibakarn ...
ADVERTISEMENT