CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masuk MLM Sebab Nak Rawat Kencing Manis" Nabil Kesal Ilya Digam Buat Persembahan

6-2-2020 09:49 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 8214| Komen: 32|Original author: intan

Description: "Masuk MLM sebab nak rawat kencing manis," Nabil kesal Ilya digam stesen TV
Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya sebelum ini didakwa telah di'gam' daripada membuat sebarang persembahan di Shah Alam pada Januari lalu.


Kredit foto: Carian Google
Menerusi laporan mStar, Ilya meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila namanya didakwa telah disekat oleh pihak tertentu daripada membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang telah bersiaran secara langsung di Shah Alam Royal Teater.

Beliau dikatakan telah diboikot selepas membuat persembahan di malam akhir Maharaja Lawak Mega (MLM2019) pada bulan lalu. Beliau yang bergandingan dengan Ajak Shiro dan Ropie pada malam itu dikatakan telah membuat dialog menyindir kerajaan dalam persembahan mereka.

Kredit foto : Carian Google

Ramai rakan artis telah tampil menunjukkan reaksi dan juga turut terkesan dengan nasib yang menimpa pelakon senior tersebut.

Ini termasuklah pelawak terkenal, Nabil Ahmad yang mengakui turut terkejut dengan ujian yang menimpa Pak Ya.

"Saya agak terkesan dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Kita semua tau Pak Ya ada penyakit kencing manis dan moga dipermudahkan urusannya mencari rezeki," ujarnya kepada mStar.

"Dulu masa dijemput ke MeleTOP, saya tanya Pak Ya kenapa nak masuk MLM, dia kata nak pakai duit untuk bayar kos rawatan kencing manis.

"Apabila dengar berita dia kena gam, bertambah kasihan dekat dia, mungkin isu ni boleh dimaafkan, semoga dimurahkan rezeki Pak Ya," ujarnya lagi.
Kredit foto : Carian Google
Dalam pada masa yang sama, Nabil turut menitipkan nasihat kepada rakan seperjuangan agar lebih berhati-hati memilih konten komedi yang ingin disampaikan supaya tidak menjejaskan imej dan periuk nasi pelawak itu sendiri.

"Setiap perkara ada implikasinya, kalau lawak menjadi, menjadilah, kalau sebaliknya pasti ada saja pihak yang akan rasa ianya suatu yang salah," katanya lagi.

Patut ke Pak Ya kena 'gam'? Apa pendapat anda? - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 6-2-2020 10:07 AM
konon zaman kebebasan berckp...sebab tuh akta berita palsu dihapuskan yer idok? nie br jd bahan lawak, dh nk gam2.....
Quote Cpkay 6-2-2020 10:10 AM
nabil pun sama ,,,kena pikir dua kali sebelum melawak.. banyak dah orang sakit hati dengan kau ..
Quote Kurex 6-2-2020 10:16 AM
bukan kera jaan sekarang ni bebas bersuara ke??
Quote Y-Nots! 6-2-2020 10:33 AM
Kurex replied at 6-2-2020 10:16 AM
bukan kera jaan sekarang ni bebas bersuara ke??

kaaaaaaaaaaaannnn?
Quote caprut 6-2-2020 10:37 AM
Kncing manis je pon. Bersepah rkyat malaysia kena kncing manis. Bukan bole sembuh pon. Prgi KK suda ikot je follow up doc. Mkn ubat. Kawal pemakanan
Quote adelea 6-2-2020 10:44 AM
lawak je pon
rasanya disclaimer rancangan pon ada
x berkenaan yg hidup atau yg mati

menteri peeH politaik  ni sentap telor je manjangg
Quote Pink_Purple 6-2-2020 11:07 AM
moga dipermudahkan urusan pak ya..PH ni kuat sentap lebih daripada BN..
Quote Adm89 6-2-2020 11:11 AM
Kencing manis kena jaga makan pakya. Kalau tak mampu boleh pg kk je everything is subsidized. Apa pon bertabahlah pakya...
Quote chicozinn 6-2-2020 11:13 AM
kera    jaan ati tisu..bluerghh
Quote dudaberhias 6-2-2020 11:35 AM
lawak setakat tanya PH air pun theyols nak sentap... memang keterlaluan la...
well after this pelawak2 semua tak payah lah buat lawak makan diri ni... semua hati orang nak kena jaga sekarang ni...
Quote mdhelmi 6-2-2020 11:43 AM
Kurex replied at 6-2-2020 10:16 AM
bukan kera jaan sekarang ni bebas bersuara ke??

btol
rasanya yg gam org dlm astro
samada org tu ada kaitan dgn gov ke x xtau

Quote gujiwa 6-2-2020 11:44 AM
kuat sentap nye.. dulu afdlin ke sape dress mcm kak mah..
takde plak kena gam ke ape..
Quote Yustan 6-2-2020 11:50 AM
caprut replied at 6-2-2020 10:37 AM
Kncing manis je pon. Bersepah rkyat malaysia kena kncing manis. Bukan bole sembuh pon. Prgi KK suda  ...

Rasanya ada sakit lain tu... sbb masa MLM dulu pnah dia warded lama.... tnggal jep ngan syuib je buat show
Quote Yustan 6-2-2020 11:52 AM
X sangka gomen skrg ni pun jenis hati cpat koyak.... masa zaman BeEnd dulu diorang bukan main lgi kutuk gomen secara berjemaah dgn rakyat.... skrg baru dia tau yg rakyat sememangnya jenis suka kutuk gomen kikikiki
Quote RatuDunia94 6-2-2020 11:55 AM
At the end of the day.. jd retis kat malaysia ni jaga je lah periuk nasi memasing.. kalau berani sgt nk sindir mana2 goverment siap sedia je lah xde job.. nk lg bagus ko jilat je kerajaan tu selagi mampu.. time susah kena banned bukan ad aorg hulur beras kat rumah ko pon..
Iols x rasa Pak Ya punya idea nk buat lawak mcm tu.. its either idea Ajak or Ropie.
Quote prettyuglybabe 6-2-2020 01:58 PM
confirm ke gomen yang ban?
entah-entah astro yang ban..
alih-alih gomen pulak yang kena tuduh..
Quote nooriesz 6-2-2020 02:09 PM
sian pak ya.. tp nk buat cmne da terlajak kata
Quote husna_amal 6-2-2020 02:21 PM
Apa boleh buat, orang ph ni kebanyakkannya cepat koyak. Kena sindir sikit dah menggelabah.
Quote AshkieLa 6-2-2020 04:21 PM
gaya tahap kekasaran dan acah2 lawak.. iols rasa idea ajaq. Pakya ni layan je...
Ropie pulak mungkin ade la 1-2% idea spontan dia.. masa pink azwan interview belakang pentas pun ade cakap mostly content diorg drpd ajaq...
tapi heols tak berbunyik ekk sebagaimana mcm nabil, shahrol, geng sepahtu buat ni..
mcm lepas tangan je.
pastu dia sesedap ade job luar shah alam.. ke ade heols berbunyi clear the air kat ig heols?..

apepun jaga periuk nasi.. tak payah over nak sided mana2 langkah paling selamat.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049774 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top