"Isu jantina pun sudah menjadi isu negara." Rentetan kontroversi melanda usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang popular dengan nama Nur Sajat, beberapa selebriti dilihat tampil mengulas isu itu.
Menerusi IG Story, Awal Ashaari tidak terkecuali bersuara mengenai isu Sajat yang telah mencetuskan ketidakselesaan di kalangan masyarakat khususnya Muslimin. Walaupun tidak menyebut nama, namun boleh diketahui bahawa ia ditujukan kepada Sajat. Nama siapa lagi yang tengah panas terpalit isu jantina kalau bukan dia? Pun begitu, Awal dilihat sudah bosan dengan surat khabar yang menyajikan berita mengenai Sajat hingga melabel ia sebagai benda kurang berilmiah. "Benda macam ni ke kita nak jamu pembaca surat khabar kita? Lagi banyak orang bercakap, lagi tinggi saham dia," katanya yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menghentikan isu kontroversi ini. Awal juga mempersoalkan tindakan JAKIM yang seolah-olah berdiam diri dalam isu ini. "Dulu dah jadi sekali, tapi tak tahu apa keputusannya. Ini pergi umrah jadi isu lagi. Esok lusa dia kahwin pula, akan jadi isu lagi?" soalnya. Dalam masa sama, Awal tidak menafikan kontroversi ini melarat dan menjadi isu besar kerana melibatkan agama dan Tanah Suci. Namun, Sajat dilihat sedikit pun tidak terkesan dengan kekecohan di negara yang berlaku disebabkan ulahnya dan rakan-rakan serta keluarga. Lagi seronok bersedekah di sana adalah!
|
Rogue98 replied at 5-2-2020 01:01 PM
Jual anak tak per pulak ye awal...
cikatilia replied at 5-2-2020 01:23 PM
ye..mak pak tido jempong berdua
anak tido sama maid.siap anak bangun dulu kejut mak pak.
Kurex replied at 5-2-2020 01:34 PM
jempong tu apa?
cikatilia replied at 5-2-2020 01:37 PM
jempong is bangun lewat in jawa kothahahaha sorry xexplain.. (nanti gue nambah explanation)
kucing_gebu replied at 5-2-2020 01:58 PM
Kalau dlm news papar ko dgn ank bini ko ok la pulak kan. Bini ko duk canang ketumbuhan dlm perut so ...
ADVERTISEMENT