"Isu jantina pun sudah menjadi isu negara."
Rentetan kontroversi melanda usahawan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang popular dengan nama Nur Sajat, beberapa selebriti dilihat tampil mengulas isu itu.
Kredit foto: IG
Menerusi IG Story, Awal Ashaari tidak terkecuali bersuara mengenai isu Sajat yang telah mencetuskan ketidakselesaan di kalangan masyarakat khususnya Muslimin.
Walaupun tidak menyebut nama, namun boleh diketahui bahawa ia ditujukan kepada Sajat. Nama siapa lagi yang tengah panas terpalit isu jantina kalau bukan dia?
Kredit foto: IG
Pun begitu, Awal dilihat sudah bosan dengan surat khabar yang menyajikan berita mengenai Sajat hingga melabel ia sebagai benda kurang berilmiah.
"Benda macam ni ke kita nak jamu pembaca surat khabar kita? Lagi banyak orang bercakap, lagi tinggi saham dia," katanya yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan menghentikan isu kontroversi ini.
Awal juga mempersoalkan tindakan JAKIM yang seolah-olah berdiam diri dalam isu ini.
"Dulu dah jadi sekali, tapi tak tahu apa keputusannya. Ini pergi umrah jadi isu lagi. Esok lusa dia kahwin pula, akan jadi isu lagi?" soalnya.
Dalam masa sama, Awal tidak menafikan kontroversi ini melarat dan menjadi isu besar kerana melibatkan agama dan Tanah Suci.
Kredit foto: IG
Namun, Sajat dilihat sedikit pun tidak terkesan dengan kekecohan di negara yang berlaku disebabkan ulahnya dan rakan-rakan serta keluarga. Lagi seronok bersedekah di sana adalah!
Betul juga kata Awal, bila nak tamat kontroversi Sajat ni? Takut tak balik-balik Malaysia je nanti. - CARI
|