Tarikan s*ksual VS JDT Apa sahaja mengenai pasukan bola sepak Johor Darul Takzim FC (JDT) akan jadi perhatian. Terbaharu mengenai video klip memperkenalkan jersi terbaharu harimau selatan itu yang didakwa memualkan. Memaparkan lokasi di Arizona (bukannya Johor) dengan pemain-pemain di dalam sebuah bar sedang berbual hinggalah seorang wanita seksi masuk lalu membuat aksi menggoda. Wanita itu mahu berlalu begitu sahaja hinggalah Corbin Ong menunjukkan lambang pasukan mereka di jersi yang dipakainya. Ia terus membuatkan wanita tersebut kembali ke arah Corbin lalu mereka menari bersama. Persoalannya sangat banyak. Mengapa video ini menggunakan lokasi luar negara dan bukannya memaparkan keindahan negeri Johor? Jika ia atas alasan penaja Nike yang memintanya, memang tiada sedikit terselit ke unsur Malaysia? Eksploitasi wanita berterusan di dalam video ini juga menyerlahkan nilai seksual. Di mana iklan jersi itu sendiri? Ianya tidak hanya menarik perhatian peminat bola Malaysia, malahan mendapat kritikan daripada warganet luar negara. Masing-masing berbalah antara satu sama lain mengenai iklan ini. Namun, ada juga yang menyatakan ianya adalah teknik pemasaran genius dari team penjualan jersi ini. Apabila ia tular, maka ia lebih laku. Eh! Betul juga. Apa pun, ianya hebat diperkatakan. Antara jersi yang tanpa logo penaja di hadapan baju menyerlahkan kehebatannya. Kita saksikan sama ada ia akan ditenggelami dengan isu video seksi ini atau pun tidak. - CARI |
RatuDunia94 replied at 4-2-2020 01:02 PM
Hakikatnya mmg mcm tu pon kan in reality??
Pemain bola duk usung pompuan sana sini.. buat video pho ...
elzy replied at 5-2-2020 03:05 PM
Jijiks, promote jersey tapi wanita tu sendiri x cukup kain..
ADVERTISEMENT