Siapa sahaja yang tidak kenal akan pasangan sama cantik dan sama padan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Mereka berdua boleh dikatakan antara pasangan selebriti di Malaysia yang kurang kontroversi dan sentiasa mencuit hati warganet dengan gelagat yang lucu.
"Walaupun hambar...aku nak pos jgak" Itulah yang diucapkan Aeril Zafrel dalam video yang dimuat naik di Twitter semalam. Dalam video tersebut, Aeril memanggil Wawa yang mahu menunaikan solat supaya duduk di sebelahnya sebelum bertanyakan soalan berkenaan lukisan rama-rama yang dilukisnya. "Wingwingwingwing" "Helo" Di hujung video tersebut melihatkan rupa-rupanya Aeril hanya mahu bergurau bersama Wawa. Sempat juga Wawa berseloroh di atas kerenah suaminya itu.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah kecantikan wajah Wawa Zainal yang begitu bersinar meskipun berada di dalam rumah. Rata-rata warganet memuji wajah Wawa dan beranggapan, seseorang wanita itu akan nampak menawan jika dilayan dengan baik oleh suaminya. Buat anda yang masih belum berkahwin, jangan menangis di dalam bilik air pula ya! - CARI
|
cmf_premierleag replied at 4-2-2020 11:42 AM
laki bini muka helok.tp anak2 selekeh yakmat....nmpk sgt parents pemalassss nk jaga kebersihan anak. ...
AshkieLa replied at 4-2-2020 10:48 AM
kat rumah.. bertelekung... siap mekap... rekod video... = aksi spontan
ADVERTISEMENT