CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gambar Dengan Bekas Suami Takde Ke?" - Ini Reaksi Sharifah Shahirah

3-2-2020 06:08 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 25674| Komen: 76|Original author: Oleh: intan

Sering memuat naik 'post' melucukan dan mencuit hati di laman Instagram beliau, Sharifah Shahirah baru-baru ini telah berkongsi gambar perkahwinannya bersama suami yang juga pelakon, Ijoy yang berlangsung 17 tahun lalu.


Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Shiera Ijoy itu telah memuat naik sebuah foto kahwin bersama suami tercinta turut mengimbau kenangan mengenai kek kahwinnya yang dibuat tiga tingkat.


Kredit foto: Carian Google

Ibu lima cahaya mata itu turut mereka pantun dan mengimbas kembali majlis perkahwinan beliau yang diraikan selama empat hari empat malam.



"Pagi pagi kutip pucuk paku, kutip pucuk dengan mak mah, ini bulan annibersary aku harap suma kena bertabah.

"Korang ada kek gambar patung, takde kan? Ni fesyen baru korang mana ada. Beli ye bukan sponsor. 3 tingkat semua kek dalam tu, fruit kek," tulisnya.

Dalam riuh rendah peminat yang terhibur dengan kapsyen lucu Shiera, ada juga netizen yang sempat bertanya soalan gambar kahwin beliau dengan suami pertama, Jatt Black Dog Bone, lapor Media Hiburan Online.


Foto: IG/Media Hiburan

Shiera telah memberi respons kepada soalan tersebut dan sempat menasihati netizen supaya tidak mengecilkan hati orang lain dengan pertanyaan yang bukan-bukan.


Kredit foto: Carian Google

Perkahwinan bersama Ijoy merupakan perkahwinan kali kedua setelah bercerai dengan Jatt. Hasil perkahwinan dengan vokalis Black Dog Bone itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Allisya yang kini sudah mencecah 19 tahun. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 3-2-2020 06:29 PM
Bodoh... Org tu dah ada family kot. Kalo ye pun nak sakitkan hati org, fikirlah dulu family org lain. Gile ah. Btw, sukkka sangat kapsyen shiera. Takde sponser2 cam retis batak skrg ni. Sampai bercari sponser nak kawen. Sponser ni lagi elok dorang yg cari dan bukannya pengantin, baru ada value.
Quote beni_nikaido 3-2-2020 06:29 PM
org tu udah beranak pinak oiii
yg tukang tanya tu masih belum move on ke?
Quote CinnamonR 3-2-2020 06:30 PM
Bodonye sape yg tanye tuuu..name pon bekas...
Quote imransulaiman 3-2-2020 06:30 PM
Hahaha.. Tu tahap penyabar dah tu reply macam tu.. Kalau kena dengan AA, mau muntah segala tok nenek carutan!
Quote pearl.silver 3-2-2020 06:35 PM
Anak dia nmpak tua dr mak nye..
Quote belilies 3-2-2020 06:44 PM
Bodoh... Org tu dah ada family kot. Kalo ye pun nak sakitkan hati org, fikirlah dulu family org lain. Gile ah. Btw, sukkka sangat kapsyen shiera. Takde sponser2 cam retis batak skrg ni. Sampai bercari sponser nak kawen. Sponser ni lagi elok dorang yg cari dan bukannya pengantin, baru ada value.
Quote EvieWanKenobi 3-2-2020 07:06 PM
mesti ada je komen sampah..
Quote nooriesz 3-2-2020 07:25 PM
bongok btul tye2 cmtuu.. tp shiera ni aman2 je upload kt ig gambar dgn wife tok jat ritu mse gv.. wife jat pun ok2 ja share pic dgn allisya..

netz ni mmg wajib ke nk tye soalan bodoh????
Quote Orix 3-2-2020 07:27 PM
rindu arwah mak esah
Quote munchkin 3-2-2020 07:46 PM
Walau gambar lama. Nampak simple dan timeless. Makeup dan baju. Sekarang serabut gila. Tak tahu mana nak fokus
Quote munchkin 3-2-2020 07:48 PM
Otak kamu letak mana. Hahahahahhahaaha
Quote munchkin 3-2-2020 07:48 PM
Otak kamu letak mana hahahahhahahahh
Quote CikB 3-2-2020 07:52 PM
bagus sheira reply mcm tu!
Quote RatuDunia94 3-2-2020 07:54 PM
Dulu artis kahwin mostly guna duit sendiri.. sponsor pon sikit2 jah.. retis skrg goody bags pon minta sponsor.
Quote Kuasaberganda 3-2-2020 08:07 PM
pearl.silver: Anak dia nmpak tua dr mak nye..

budak lagi.bru 19.
Quote salmon-suki 3-2-2020 08:07 PM
Pdn muka kena marah dgn shira..dah sah2 masing2 dah bahagia dgn family masing2,xperlu nak trobek bnde y dah lama berlalu..

Ni y komen tu msti spesis sajat n da geng,jenis pondan mulut xde insurans
Quote inspektoremos21 3-2-2020 08:30 PM
Motif nak suruh shira menthrowback gambar mantan laki dia?? Aneh2 je netijen
Quote addved 3-2-2020 08:48 PM
Bagus dia jawab camtu
Quote sukacactus 3-2-2020 09:20 PM
Org skrg bangga tunjuk bodoh sdr

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top