Dalam diam, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, 76, mempunyai bakat terpendam dalam bidang fotografi. Bekas Naib Presiden MCA tersebut dinobatkan Anugerah Jurugambar Terbaik Tahunan buat dua tahun berturut-turut dalam pertandingan 'The Societies of Photographers' di London, Britain baru-baru ini menerusi sekeping gambar unik bidikannya sewaktu mengembara ke Yuangyang, China. Foto tersebut memaparkan aktiviti sebuah keluarga menjerang air menggunakan dapur kayu berjaya menarik perhatian juri. Menurut Digital Camera World, gambar tersebut berjaya mengatasi 11,320 penyertaan lain dihantar oleh jurugambar-jurugambar lain di seluruh dunia bagi pertandingan berkenaan pada tahun lalu. Barisan juri memuji kegigihan bekas Ahli Parlimen Alor Gajah itu menghasilkan foto kembara unik tersebut dengan penuh kesabaran walaupun perlu menghidu bau asap dari dapur kayu ketika mahu merakamkannya.
Chan Onn yang bersara daripada politik pada 2008 telah diwakili anak saudaranya, Wayne Leow untuk menerima anugerah tersebut pada satu majlis di London, baru-baru ini. Menurut beliau, gambar tersebut merupakan antara momen yang sempat dirakam lensa kameranya sewaktu melancong di Yuanyang yang terletak di sempadan Vietnam pada tahun lalu. "Anugerah ini menyuntik lagi motivasi saya untuk lebih gigih lagi berkarya pada masa depan. Banyak yang telah dipelajari tentang penghasilan gambar bermutu setelah mendengar maklum balas penjurian," katanya kepada Digital Camera World baru-baru ini. Pada tahun lalu, Chan Onn turut memenangi anugerah sama menerusi satu lagi gambar kembara hasil bidikan lensa kameranya ketika melawat Habsyah (Ethiopia). Sementara itu, sewaktu diwawancara akhbar The Star pada 2016, beliau memberitahu baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi selepas bersara daripada arena politik. Katanya, beliau mengambil inisiatif mempelajari sendiri teknik penghasilan foto menerusi pembacaan dan latihan amali tanpa jemu selepas membeli peralatan fotografi. Pada 2016, beliau telah menghasilkan buku fotografi pertamanya, 'The Malaysian Chinese Primary School – A Century Of Toil And Dedication' selepas menjelajah 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara. - CARI
|
hatikudus replied at 3-2-2020 11:47 AM
Mcm kaki cik khinzir je tergantung atas dapur tu ....macammmmm...mata aku salah kot
ADVERTISEMENT